Ubah Suai Rumah Berbekalkan Modal Hanya RM2000 Sahaja | Giler Deco

Ubah Suai Rumah Berbekalkan Modal Hanya RM2000 Sahaja

Ubah Suai Rumah RM2000

Wanita ini ubah Suai rumah bermodalkan rm2000 dalam masa 24 jam sahaja? Betul ker? Bunyi macam mustahil. Mana tidaknya, segala kos peralatan rumah bagi tujuan ubah suai pasti akan menelan kos yang tinggi. Senang kata, kalau ada duit baru jadi. Tak ada duit, tak payahlah berangan.

Tapi, sebenarnya tanggapan itu tidak benar. Seorang wanita di FB telah berjaya mengubah suai terataknya daripada “eew” kepada “wow” dengan modal RM2,000 sahaja. Serius macam tak percaya!

Macam mustahil jer tapi seorang wanita bernama Mcyahh Joanjett berjaya membuktikannya ia tidak mustahil. Ini kerana beliau telah berkongsi serba sedikit tentang cara beliau mengubah suai kediamannya kepada konsep mewah klasik dengan kreativiti serta bajet yang minimum.

Anda juga mampu ubah suai rumah bermodal rm2000 dalam masa 24 jam.

Wanita Ini Ubah Suai Rumah Bermodalkan RM2000 Dalam Masa 24 Jam Sahaja?!

 

Gambar Sebelum Melakukan Dekorasi

 

Tambahan beliau pula, beliau menyatakan bahawa ada 3 keajaiban apabila rumah ini sedap mata memandang. Suami yang selalu keluar lepak akan jarang keluar rumah, kasih sayang juga akan bertambah dengan erat dan anak-anak juga sudah jarang atau tidak akan menyepahkan rumah.

Ujarnya lagi “Keadaan rumah sangat mainkan peranan dalam rumah tangga. Sesungguhnya hubungan kami suami isteri dan anak-anak jadi lain. Rasa macam baru kahwin. Ia bernafas baru. Besar kecil rumah bukan isu nya. Kami orang biasa, deko pun biasa, semampu boleh asalkan kemas dan menarik.”

Gambar Selepas Melakukan Dekorasi

Ubah Suai Rumah RM2000

Ubah Suai Rumah RM2000

Ubah Suai Rumah RM2000

Ubah Suai Rumah RM2000

Simple dan nice kan. Min juga berharap dapat melakukan transformasi sama macam beliau dan anda juga mampu melakukannya. Ini sahaja yang kami ingin kongsikan. Semoga anda mendapat inspirasi.

Sumber : Mcyahh Joanjett

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- DIY “Wall Mounted Shelf” Untuk Dekorasi Bilik Anda

Dapatkan tips-tips deko rumah & inspirasi deko trending di saluran Telegram kami
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram