Memiliki dapur yang cantik adalah impian setiap suri rumah. Dengan adanya dapur yang cantik, semangat untuk memasak itu akan lebih membuak-buak.
Tetapi, untuk menghasilkan dekorasi dan bentuk dapur bersesuaian dengan keadaan rumah juga ada tips dan caranya. Perkara tersebut akan diulas oleh seorang lelaki yang bernama Azizul Azli Ahmad dengan lebih teliti dan jelas.
Jadi, jom ikuti perkongsian ini dengan lebih lanjut dibawah ini.\
2. Tips yang kedua adalah mesti ada ruang tingkap untuk pencahayaan masuk ke dapur kita, semakin banyak cahaya. Semakin luas rasanya.
3. Tingkap juga sebagai sumber pengudaraan, biar semua bau dan udara mengalir keluar.
4. Lantai dapur mengunakan jubin atau kayu yang tidak mudah licin dan tergelincir ketika basah.
5. Jika tingkap tak cukup luas mesti ada serombong asap, jika tidak bau kari akan melekat hingga ke kusyen dan tv kita.
6. Beli alatan dapur yang kita guna bukan untuk bergaya, oven jarang digunakan tetapi cantik untuk bergaya di dapur.
7. Pilihlah skema warna neutral kerana ia akan tahan lama menawan kita.
8. Fahami prinsip golden triangle di dapur antara sink, dapur memasak dan peti sejuk (Rujuk gambar) semua ini dalam kedudukan yang betul agar mudah kerja.
9. Pastikan kitchen top dari kekemasan yang keras dan tahan lama, banyak aktiviti lasak berlaku diatas permukaan kabinet ini.
10. Kita hanya perlukan satu dapur sahaja, jangan mengada nak ada dua. Dry kitchen bukan budaya kita. Dapur kita masak kari, sambal belacan, kemas bagi cantik tetap menawan lepas digunakan.
Peruntukkan sedikit bajet buat dapur bagi cantik dan selesa, di sana kasih sayang bermula sebelum masuk perut kita.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Untuk mendekorasi dan ubahsuai dapur perlukan tips dan cara yang betul supaya dapur akan kekal cantik dan ceria.
Semoga tips ini bermanfaat.