15 Idea DIY Taman Hiasan Mini

1,790 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Anda pasti akan jatuh cinta dengan cadangan kreatif ini yang hanya menggunakan palet untuk taman hiasan mini luar rumahnya . Lihat betapa menarik nya idea ini dan pasti anda akan terpesona melihatnya. Tentunya ini dapat anda jadikan sumber rujukan dan inspirasi untuk menghias taman anda dengan dekorasi  yang hanya bermodalkan barangan DIY, tetapi dapat menghasilkan result yang begitu wow. Perkongsian Giler Deco pada kali ini adalah mengenai 15 idea diy taman hiasan mini.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.

15 Idea DIY Taman Hiasan Mini Yang Cantik Dan Menarik :

 

Kerusi DIY Palet

 

Untuk IDEA  kerusi Diy yang pertama, susunan bahagian tempat sandar kerusi disusun dengan kayu yang tidak sama panjang paletnya. Ini bertujuan untuk menghasilkan kerusi palet yang kelihatan lebih unik. Kerusi palet seterusnya pula adalah bertemakan warna asal kayu, di mana ia tidak dicat atau menggunakan chalet. Kerusi ini bertemakan  simple dan klasik.

Seterusnya, agar taman hiasan ini tampak lebih ceria, tidak salah untuk mengenakan cat yang berwarna warni pada palet agar kelihatan lebih cantik dan meriah. Hal ini secara tidak langsung akan menarik minat anak-anak kecil untuk bermain di taman hiasan mini ini bersama ibu ayah serta datuk dan nenek mereka. Pasti moments terebut lebih bermakna bukan? Jika saat-saat yang berbaki diraikan bersama orang-orang yan tercinta..

Kerusi yang simple dan klasik sebenarnya lebih berharga nilainya di mata penggemar-penggemar elemen klasik. Untuk cat palet kali ini, ia bertemakan warna yang lebih cerah dan natural iatu warna krim dan coklat. Cantik kan?

Hiasan Bunga Palet Diy

Kepada penggemar-penggemar bunga, idea ini semestinya akan menarik perhatian anda kerana palet ini dijadikan sebagai 'rak' atau tempat untuk susun atur pasu bunga. Pasu bunga yang diatur di dalam palet itu akan menaikkan lagi seri taman hiasan mini rumah anda.

Dengan susun atur yang kemas, hal ini seharusnya akan memberikan impak yang positif kepada orang yang melihatnya. Dihiasi dengan flora pastinya akan memberikan mood yang tenang kepada sesiapa yang berada di sekelilingnya.

Tempat simpanan barang 

Akhir sekali,  idea berasaskan palet ini anda juga boleh ubah suai ia sebagai tempat letak barang-barang bertani seperti cangkul, paip dan sebagai.

Konklusinya, banyak idea yang menarik menggunakan palet yang bermanfaat untuk diubah suai jika kita tahu kaedah yang betul untuk memanfaatkannya. Diharapkan perkongsian ringkas mengenai taman hiasan mini luar rumah menggunakan palet ini dapat memberikan idea kepada anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down