3 Bahan Utama Menghilangkan Kesan Daki Pada Cawan

707 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Buat anda pencinta air kopi ataupun peminat air manis semestinya akan berdepan masalah dengan kesan bau kopi ataupun kesan lapisan milo yang pekat itu melekat pada cawan anda. Apabila kesan itu dibiarkan lama, kesan daki akan muncul membuatkan cawan itu tidak akan disentuh ataupun dengan erti kata cawan itu akan dibuang saja sebab sudah pun kotor untuk di minum.

Namun, bukankah ianya agak membazir untuk anda membeli cawan yang baru sedangkan anda boleh je untuk membasuh serta menghilangkan kesan kotoran dan kesan daki pada cawan tersebut.

Mungkin anda tidak tahu cara yang betul bagaimana nak hilangkan kesan kotoran tersebut. Jangan risau kerana min akan kongsikan kepada anda beberapa 3 bahan utama menghilangkan kesan daki cawan tersebut. Jom kita sama-sama saksikan cara-cara untuk menghilangkan kesan kotoran tersebut.

3 Bahan Utama Hilangkan Kesan Daki Pada Cawan

 

Bahan-Bahan yang digunakan : 

1. Soda Bikarbonat

2. Cuka Masakan 

  1. 3. Pencuci pinggan mangkuk

4. Span pencuci pinggan

kesan daki cawan

Cara-Cara Membuatnya :

  1. Masukkan 1 sudu soda bikarbonat ke dalam bekas yang kotor.
  2. Tuang 2 sudu cuka ke dalam cawan ataupun bekas yang kotor.
  3. Isikan sedikit pencuci pinggan mangkuk.
  4. Tambahkan dengan air panas atau air suam.
  5. Kacau hingga sebati dan biarkan ia selama 10 minit.
  6. Cuci cawan atau bekas itu dengan menggunakan span pencuci pinggan anda.

Tips: Bagi kotoran yang terlalu degil , rendam cawan/mug anda semalaman bersama baking soda dan cuka.

kesan daki cawan

Min berharap selepas ini anda tidak akan membuang lagi cawan-cawan yang kotor sebaliknya anda cuba dahulu tip-tip yang min kongsikan ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda di luar sana.

Kredit : Sabunku Malaysia-HQ

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down