3 Fungsi Warna Wajib Diketahui Dalam Mendekorasikan Rumah

3,889 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dekorasi rumah yang menarik bukan sepenuhnya terletak pada hiasan dan perabot sahaja. Tetapi padanan warna yang menarik jugak membuatkan rumah kita akan nampak cantik dan menarik. Hari ini Giler Deco mahu berkongsi 3 fungsi warna yang wajib anda ketahui dalam mendekorasikan rumah. Perkongsian kali ini adalah dari eastshowru.

3 Fungsi Warna :

 

1. Warna Biru

 

Warna biru sering dikaitkan dengan warna langit atau lautan yang memberikan ketenangan kepada kita. Warna biru gelap dapat membantu dalam menjernihkan pemikiran anda dan warna biru muda dapat membantu meningkatkan daya kepekaan anda.

Dalam dunia perubatan, warna biru sangat membantu dalam mengatasi sakit kerongkong, asma, dan sakit kepala.

Namun, elakkan penggunaan warna biru ini secara berlebihan. Biru yang digunakan secara berlebihan akan memberikan kesan tidak selasa. Sebenarnya, penggunaan warna biru yang terlalu banyak boleh membawa kepada perasaan sedih dan murung.

2. Warna Hijau

 

Hijau adalah warna yang mampu memberikan kesan yang menyegarkan kerana sinonim dengan alam dan tumbuh-tumbuhan yang memberikan rasa tenang, seimbang dan harmoni. Hijau sangat sesuai digunakan di bilik rehat kerana ia dapat menghadirkan kedamaian dan ketenangan.

Penggunaan hijau di dalam rumah juga dipercayai dapat meningkatkan penglihatan seseorang. Namun, seperti warna lain, elakkan menggunakannya secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kebosanan.

3. Warna Oren

 

Oren adalah gabungan dari dua warna iaitu merah dan kuning. Warna oren dapat mempengaruhi manusia dari segi mental dan fizikal.

Warna oren dikatakan mampu meningkatkan selera makan dan memberi keselesaan. Oleh kerana itu, warna oren sangat sesuai digunakan di ruang makan atau ruang tamu.

Warna oren mampu menghadirkan rasa hangat, tetapi penggunaan berlebihan juga memberi kesan buruk. Warna Oren yang berlebihan boleh menyebabkan kurang fokus sewaktu belajar atau di tempat kerja.

Itu sahaja perkongsian yang Giler Deco dapat kongsikan untuk harini. Diharap bermanfaat untuk anda dalam memilih warna yang sesuai untuk rumah anda.

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down