5 Tips Dan Idea Dekorasi Bangku Di Rumah Anda

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau anda ada ruang tambahan di rumah atau dinding kosong, boleh cuba letak bangku bersama barang deko di atas, tepi atau di dinding ruang tersebut.

Kos untuk deko sebegini tidak terlalu mahal, cuma kena bijak pilih design bangku dan menggabungkannya dengan barang & aksesori deko yang sesuai. Salah seorang interior designer ada berkongsi 5 tips dan idea dekorasi bangku di halaman Facebook miliknya.

5 Tips Dan Idea Dekorasi Bangku Di Rumah Anda

1. Jenis Bangku

Boleh pilih jenis bangku bersesuaian dengan konsep rumah. Kalau English Concept pilih bangku daripada material baldu, BOHO daripada jenis rotan atau rustic wood. Nak lebih menarik, beli bangku yang mempunyai dwi-fungsi contohnya sebagai rak kasut atau ada storage cabinet di bawahnya.

2. Ruang

Kebanyakan orang suka letakkan bangku ini di kawasan pintu masuk atau entrance way. Tapi kalau ada ruang kosong lain seperti bawah tangga, staircase walkway atau bilik lain, boleh saja letakkan bangku bersama barangan deko yang bersesuaian dengan ruang.

3. Saiz Bangku

Pilih bangku yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, sesuai dengan saiz dinding atau feature walls. Panjang antara 900mm - 1500mm manakala lebar 400mm - 600mm.

4. Feature Walls

Boleh gantung frame gambar, cermin, tumbuhan hiasan atau tambah penggantung barang supaya dinding tidak terlalu kosong. Jika ada bajet lebih, boleh tambah wainscoting, wall panelling, wallpaper atau cat dinding dengan warna yang kontra berbanding dinding ruang lain.

5. Aksesori & Barangan Deko

Untuk membuatkan ruang bangku tak terlalu nampak kosong, boleh tambah aksesori seperti bantal, buku, pasu, bakul atau tumbuhan di tepi atau di atas bangku. Nak nampak lagi cosy, boleh tambah karpet memanjang atau carpet runner.

Semoga bermanfaat idea deko simple ni. Perkongsian ini telah dikongsi oleh Encik Ezd Airaniez di Facebook page miliknya.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down