Almari kabinet boleh dikatakan salah satu perabot yang wajib ada pada setiap rumah. Ia sangat diperlukan bagi setiap rumah untuk memastikan barangan dan peralatan rumah dapat disusun dengan rapi supaya tidak berselerak.
Rasanya ramai sudah mengetahui, pada masa kini, jika ingin membeli almari kabinet baru, sudah pasti harganya sangat mahal. Jika mahu dengan harga murah, apa kata beli almari terpakai dan tukarkan kepada almari idaman mengikut citarasa sendiri.
Itu yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Diera Abdullah. Beliau telah hasilkan makeover almari kabinet lama yang dibelinya itu dengan bajet serendah RM38 sahaja.
Jom kita lihat perkongsian dan langkah-langkah pada gambar dibawah ini.
Tengah scroll Facebook terjumpa pula page Perabot Terpakai Senawang jual lemari ni.
Harga pun murah, kalau beli baru ada dalam 2 3 kali ganda jugalah harganya. Kita bukan kedekut tapi minat dengan nilai hasil kerja kita sendiri.
Kalau beli baru sudah terang lagi bersuluh memang suami tak bagi cat-cat macam ini. Mesti sayang nak bagi buat macam tu.
Masa ditunggu sudah tiba. Suami pula tak ada 2-3 hari ini. Apa lagi terus on.
Inilah barang-barang yang dibeli :
Total : RM38.00
Inilah rupa awal-awal almari kabinet.
Sebelum suami balik kerja, kena cepat bersihkan supaya dia tak banyak complain. Mula-mula sampai dekat rumah lap bersih-bersih habuk dengan wipe tissue. Lap kering. Lap dengan minyak masak nipis-nipis.
Kemudian, lap semula dengan tuala kering. Ini petua orang tua-tua dahulu. Masa waktu kecil, setiap tahun apabila nak raya kena bersihkan perabot dengan minyak. Buat masa sekarang almari ini dalam keadaan 8/10. Kayu pun kualiti baik. Alhamdullilah rezeki.
Nak pilih warna bukan senang. 2 hari juga fikir. Ini adalah warna yang digunakan.
Ini adalah cat yang digunakan.
Nippon Gloss Paint. Link - https://shope.ee/AUGYLOLE8Y
Proses mengecat pun bermula. Jangan lupa lekatkan dengan plastik sampah atau surat khabar mana-mana bahagian macam tiles, cermin.
Untuk cat pada pembuka almari itu guna yang ini.
Akhirnya selepas 3 jam makeover, hasilnya seperti dibawah ini.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua untuk hasilkan ubahsuai perabot lama jadi baru. Selamat mencuba.