Memiliki sebuah rumah banglo yang mewah dan cantik semestinya menjadi impian semua. Tetapi tidak semua diantara kita mampu untuk memilikinya. Ini kerana harga sebuah rumah banglo di Malaysia boleh mencecah hampir ribuan ringgit.
Rumah kediaman seperti rumah teres juga tidak kurang hebatnya jika anda bijak untuk menyusun atur atau dekorasinya dengan baik. Hanya berbekalkan minat dan sedikit kesungguhan, anda mampu untuk ubahsuai rumah teres kecil anda menjadi rumah idaman.
Seperti yang dikongsikan oleh Diana Zain ini, beliau berkongsikan beberapa gambar ubahsuai rumah teres beliau. Ubahsuai tersebut dilakukan oleh Deco Rumahku Syurgaku. Jom kita tengok hasil ubahsuai rumah teres tersebut
Luar Rumah Sebelum dan Selepas Diubah Suai
Selepas diubahsuai, awning depan ditambah lagi 3 kaki ke depan dan dinaikkan 3 kaki ke atas. Tembok depan juga dipecahkan dan ditkarkan menggunakan pagar yang boleh buka keseluruhan ruang.
Bahagian Porch
Hall juga telah ditambah 4 kaki ke depan, pintu dan tingkap ditukar kepada sliding door. Untuk bahagian porch pula, lantai menggunakan mozek sepenuhnya.
Bahagian Ruang Tamu
Sebelum diubahsuai, rumah ini mempunyai ruang tamu yang agak kecil dan pintu bilik ke-3 yang betul-betul menghadap ke ruang tamu. Selepas renovate ruang tamu tampak lebih luas dan pintu bilik ke-3 juga telah diubah kedudukannya menghala ke dapur untuk menjadikannya lebih privacy. Siling juga ditukar kepada siling kapur+cornish.
Untuk hall saya guna 2 jenis cat Jotun Majestic Washed Linen dan Joton Majestic Persian Khaki. Wainscoting tu tuan rumah buat sendiri tau, kalau nk upah RM1k juga. Buat sendiri RM170 sahaja.
Macam mana? Cantik kan? Usahlah anda meresa sedih jika hanya menetap di kediaman kecil dan sempit. Hanya dengan sedikit kesungguhan dan berbekalkan minat, anda mampu mengubahnya menjadi kediaman yang mewah seperti rumah idaman! Selamat Menghias!
Sumber : Deco Rumahku Syurgaku
Ingin membaca artikel seterusnya?
Baca juga :- “The Power Of MTD”. Rumah Sewa Yang Buruk & Usang Terus Nampak Baru & Elegan