Memiliki dapur yang cantik dan kelihatan mewah memang menjadi impian setiap pemilik rumah. Meskipun memiliki dapur yang keluasannya agak terhad, itu bukanlah menjadi satu penghalang untuk tidak diubahsuai dengan konsep pilihan hati.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Pa'e Faeza. Beliau telah mengubahsuai ruang dapur rumahnya kepada konsep moden yang cukup menarik.
Jadi, jom ikuti perkongsian sebelum dan selepas penghasilan dekorasi dapur untuk rumah ini.
Hasil renovation dapur kecil saya.
Dapur bertemakan english and modern betul-betul menjadi idaman hati. Pemilihan warna hijau untuk cetuskan sedikit ‘mood’ santai dan warna idaman si suami. Bagi peluang dia pilih sebab dia yang menaja kos ubahsuai dapur ini.
Alhamdulilah hasilnya saya suka sangat-sangat dan saya selitkan beberapa gambar hasil sebelum dan selepas.
Keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai.
Keadaan semasa proses ubahsuai dilakukan dengan konsep baru. Jika dilihat pada dinding dapur rumah backsplash wall sedang dalam pemasangan.
Keadaan ruang dapur rumah selepas diubahsuai.
Keadaan dapur dari sudut pandangan lain.
Tempat letak mesin basuh pada bahagian dapur rumah. Walaupun dapur tidaklah besar mana, jika pandai bermain dengan ruang, jelas dapur akan kelihatan cantik dan luas.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco pada kali ini. Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi dalam menghasilkan ubahsuai dapur rumah.
Semoga bermanfaat.