Rumah kayu cukup terkenal pada zaman dahulu kerana konsepnya yang klasik seakan kampung. Namun, pada masa kini, sudah tidak ramai yang membina rumah dengan menggunakan konsep kayu papan seperti ini.
Tetapi, ada juga yang masih menerapkan deco rumah dengan menggunakan kayu papan seperti ini. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Azizi Anuar. Beliau juga telah menunjukkan cara makeover bilik tidur anak itu hanya guna kayu papan sahaja.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Setahun lepas punya cerita. Sebelum datang penyakit covid. Buat berdua dengan orang rumah nak berjinak-jinak pegang kayu dan jigsaw.
Maka siaplah deco dan DIY bilik anak perempuan. Moga hasil yang tak seberapa ini memberi ilham dan manfaat kepada ahli group semua.
Keadaan bilik tidur sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Proses mengecat katil dilakukan oleh isterinya.
Barangan yang digunakan.
Selepas itu, tugas mengecat diserahkan kepada isterinya.
Penghasilan tempat papan hitam.
Pandangan penuh bilik tidur anak.
Bahagian almari kabinet bergerak anak.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca dalam cuba untuk mendekorasikan bilik tidur anak. Selamat mencuba.