Cara Untuk Melakukan Pagar Privasi Daripada Shera Plank

10,348 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pagar privasi sememangnya menjadi keutamaan semua orang diluar sana. Tujuan pagar privasi ini adalah untuk dijadikan penghalang daripada dipandang oleh orang luar. Jadi, jika kita ingin melakukan aktiviti luar rumah tidaklah rasa malu atau terasa dilihatkan.

Melalui perkongsian daripada Marzuki Mahadi ini, beliau melakukan sebuah DIY cara untuk melakukan pagar privasi dengan mudah sahaja. Ia juga mampu mencantikkan juga pagar anda dan bukan hanya berfungsi sebagai penghalang semata-mata.

Beliau berkongsikan DIY tersebut didalam laman Facebook beliau. Jadi, jom kita tengok perkongsian cara untuk lakukan pagar privasi ini.

Cara Untuk Melakukan Pagar Privasi Dengan Hanya Menggunakan Kayu Shera Plank

Mendapat inspirasi dari warga fb group T.A.H.I, untuk lebih privasi bila berada di laman rumah dengan cara jimat tapi masih cantik dipandang kenalah dengan harganya.

Privasi lebih penting dari cantik, kalau nak cantik terletak elok dan ada bajet sudah tentu saya ikat bata je kan?

Jadi saya pasang shera plank/papan manis - fibre cement board skru sahaja di pagar besi sedia ada.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :- 

  • Shera Plank
  • Self Drill Skru
  • Nippon Paint Fibercote

Ini adalah Shera Plank jenis Teak. RM 17 sekeping dan dalam 1 paket ada 5 keping. Produk Thailand, diimport tiada kilang di Malaysia rasanya. Jangan dikarate diterajang atau dilanggar pemandu mabuk in sha Allah bertahan lama lah dia.

Proses Melakukan Pagar Privacy Menggunakan Shera Plank

Sebelum, terbuka je pandangan dari luar. Nak korek hidung sambil layan angin sepoi2 petang pun tak selesa orang nampak dari luar

Melakukan Pagar Privasi

Proses undercoat primer menggunakan Primer Jotun sebanyak 2 lapis, cat sorang2 dua hari setengah sebab level cap ayam.

Dia punya penat sakit pinggang lenguh2 satu badan sampai terkangkang2 jalan sebab memerlukan kedudukan membongkok dan mencangkung semasa proses mengecat.

Cat Top coat juga sebanyak 2 lapis menggunakan cat Nippon jenis Fibercote kod 101 Meranti. Lain mcm lawa dengan berurat kayu lepas cat

Utk lebih cantik, jemur lah bagi kering betul2 cat tu.

Proses pemasangan, dipotong menggunakan grinder mata potong simen.

Selepas, kan lebih privasi tapi kalau jiran rumah sebelah tu skodeng dari tingkat atas memang la nampak jugak.

Melakukan Pagar Privasi

Hasil Akhir Proses Melakukan Pagar Privasi Ini

Pandangan dari dalam.

Melakukan Pagar Privasi

Pandangan Daripada Luar.

Pandangan sisi tepi belah luar.

Melakukan Pagar Privasi

Sumber : Marzuki Mahadi 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down