Jenis-Jenis Paver Sesuai Harus Anda Ketahui

2,480 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Paver dipasang di lantai luar kediaman dalam bentuk batu atau bata. Sebelum memasang paver ini, anda harus mengenali jenis-jenis paver sesuai yang anda ingin pasang di laman kediaman anda.

Jenis-Jenis Paver Sesuai Untuk Laman Rumah Anda

 

Paver Bata

Jenis paver ini diperbuat dari bahan tanah liat. Bahan ini sangat sesuai kerana permukaan yang tidak licin dan tidak membahayakan kepada penghuni serta pelawat. Ia datang dengan pelbagai warna dan tekstur.

Paver bata ini boleh dikitar semula kerana mereka ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Warna bata ini tidak akan mudah pudar dalam masa bertahun-tahun dan tidak kerap untuk diselenggara.

Paver Konkrit

Jenis paver ini diperbuat dari bahan tanah liat. Bahan ini sangat sesuai kerana permukaan yang tidak licin dan tidak membahayakan kepada penghuni serta pelawat. Ia datang dengan pelbagai warna dan tekstur.

Paver bata ini boleh digunakan kembali atau dikitar semula kerana jenis paver ini dihasilkan dari bahan-bahan yang semulajadi. Warna bata ini tidak akan mudah pudar dalam masa bertahun-tahun dan tidak kerap untuk diselenggara.

Marmar Paver

Paver marmar ini adalah sejenis batu metamorf yang terbentuk apabila batu kapur mengalami peningkatan haba dan tekanan yang melampau. Kebiasannya paver jenis ini digunakan di patio atau laluan pejalan kaki.

Paver marmar ini sangat menarik dan anggun jika dipasang mengikut citarasa masing-masing. Bahannya juga mempunyai ketahanan yang baik tetapi harganya agak mahal tetapi berbaloi.

Cobblestone

jenis-jenis paver

Cobblestone dihasilkan dari granit. Walau bagaimanapun, batu kapur atau batu pasir juga boleh digunakan dalam pembuatan cobblestone ini. Jenis ini telah lama wujud dan maksudnya jenis ini memberi kita info tentang ketahanan. Paver jenis ini agak mahal dan memerlukan pekerja yang mahir untuk memasangnya

Jenis-Jenis Paver Untuk Kolam

Terdapat beberapa jenis paver yang sesuai untuk kediaman yang mempunyai kolam renang. Paver ini juga sesuai dengan kelebihan keselamatan.

Flagstone

jenis-jenis paver

Flogstone mempunyai bentuk yang berbeza dan sesuai dengan barangan lain serta sering digunakan dalam patio, tetapi ia dianggap tidak sesuai untuk digunakan dalam menyelit kerana saiznya lebih nipis daripada bata atau konkrit.

Jenis ini  mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi berbanding dengan konkrit dan ia datang dalam pelbagai warna, corak dan bentuk. Oleh itu, flagstone ini adalah bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai landskap di kediaman anda.

Paver Travertine

Pemasangan paver travertine ini sangat sesuai di kawasan lantai luar rumah atau landskap rumah. Ia juga sesuai untuk diletakkan di tepi kolam. Jenis ini mempunyai ketahanan yang baik dan sesuai untuk penggunaan jangka masa yang panjang dan juga mempunyai penebat yang baik ketika cuaca panas.

Porcelein

jenis-jenis paver

Porcelein atau porselin merujuk kepada bahan yang dihasilkan dari tanah liat dan proses untuk menghasilkannya adalah menggunakan suhu yang tinggi. Ia digunakan untuk lantai luaran dan dalaman terutamanya di kawasan basah seperti dek kolam renang kerana ia dapat mengurangkan kebolehtelapan untuk air.

Teknologi moden ini membolehkan pengeluar untuk menghasilkan paver procelein yang mempunyai ketebalan yang sama dengan batu atau kayu.

Penting Ini Perkara Mengenai Paver Sebelum Memasangnya

Sumber : Jenis Pavers

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down