Pada masa kini, sudah jarang kita jumpa pemilik rumah secara keseluruhannya menghasilkan ubahsuaian dan dekorasi rumah dengan cara DIY. Kebiasaannya, hanya suami sahaja yang pandai bertukang. Namun, pada kali ini, penghasilan mini surau dilakukan oleh pasangan suami dan isteri dengan sangat kreatif dan menarik.
Walaupun ubahsuai dilakukan dengan bajet yang cukup terhad, namun, hasil projek yang dilakukan ini sangat memuaskan hati.
Jadi, tanpa berlengah lagi, jom sama-sama kita ikuti proses makeover ruang solat yang dilakukan pada perkongsian kali ini.
Kali ini kami ubahsuai ruang solat dengan cara jimat pula. Manfaatkan ruang yang ada.
Diharap dapat memberi ilham kepada anda semua. Projek DIY suami isteri penukang kasi.
Keadaan kawasan yang ingin dijadikan mini surau sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang tersebut semasa dalam proses ubahsuai.
Bahagian dinding yang ingin dipasang kubah.
Penghasilan bentuk kubah itu dibuat sendiri dengan menggunakan kayu plywood bersaiz 6mm.
Dekorasi yang dihasilkan pada mini surau ini cukup minimalis.
Pandangan lebih dekat bahagian kerusi dan meja hiasan.
Jam dinding yang digunakan dibeli dari Shopee.
Hasil ubahsuai mini surau rumah papan setelah selesai dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.
Itu sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dengan perkongsian menarik ini sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada anda dalam mencari idea untuk membuat dan mengubahsuai mini surau secara DIY.
Kredit: Azizi Anuar