Penggunaan barn door pada masa kini boleh dikatakan menjadi kegilaan ramai. Hal ini kerana, dengan memiliki reka bentuk yang menarik, ia lebih menjadikan kawasan yang dipasang dengan pintu tersebut kelihatan lebih cantik dan wow.
Kebiasaannya, barn door ini berfungsi sebagai pintu hiasan untuk bilik stor atau walk-in-wardrobe. Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Ahmad Zhafran Abdurrahim. Beliau telah menghasilkan pintu pada bilik almari pakai yang cukup kelihatan mewah. Selain itu, beliau juga berkongsi cara pasang sliding barn door bagi memudahkan pembaca untuk melakukannya juga di rumah.
Jadi, bagi melihat cara pemasangannya dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Bismillah. Pertama kali nak berkongsi perjalanan buat sliding barn door untuk walk-in-wardrobe.
Selepas siap renovate rumah hari itu, ada sekeping plywood lebih. Setelah berfikir panjang, timbul idea untuk buat barn door pada ruang wardrobe yang belum ada pintu. Kemudian, beliau terus cari inspirasi dekat Pinterest dan terus pergi ke kedai cari kayu.
Senarai bahan:
Lain-lain peralatan:Â
Pada yang bertanya, ini link untuk railing dan handle yang dibeli olehnya di Shopee: https://shope.ee/5pZf56bTc0
Langkah dan Cara Pasang Sliding Barn Door:
Walk-in-wardrobe ini asalnya stor. Beliau tutup pintu asal dari hall dan pecahkan sebelah master bedroom. Maka, jadilah wardrobe.
Shelving itu tulangnya guna kayu meranti baki renovation (reclaimed). Letakkan plywood 6mm atas bawah, silikon keliling, tampal dan cat.
Pattern plywood yang dihasilkan itu kelihatan agak pelik kan? Hal ini disebab oleh penggunaan construction grade waterproof plywood. Bukan untuk perabot sebenarnya, Itu adalah lebihan dari ubahsuai rumah sebelum ini. Jadi, buat apa membazir, kita DIY buat barn door pula.
Proses paling memenatkan adalah apabila melakukan filling dan sanding. Makan sehari juga untuk siap.
Rupa barn door selepas dicat. Bahagian depan putih, sisi dan belakang hitam. Konsep dua tona warna.
Pintu selepas dipasang. Railing sudah disukat guna spirit level. Tetapi, gap bawah tidak sama sebab tiles lantai tak level dengan betul.
Walaupun tidak semewah rumah orang. Namun, ia cukup berfungsi untuk sembunyikan segala harta karun di dalam ini apabila tetamu datang bertandang.
Untuk kos keseluruhan, kos kayu lebih kurang RM80 dan ada baki kayu lagi. Untuk railing dan handle pula dalam lingkungan RM160. Kemudian untuk plywood, cat dan filler itu adalah dari lebihan ubahsuai rumah sebelum ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca diluar sana dalam menghasilkan bilik almari pakaian yang cantik dan menarik.