Rumah kecil yang kelihatan lusuh tidak semestinya akan kekal sebegitu selamanya. Secara kebiasaannya, konsep rumah akan berubah setelah pemilik rumah tersebut memiliki bajet yang mencukupi.
Namun, ia memakan masa yang agak lama sebelum dapat diubahsuai dengan konsep baru. Tapi, sekiranya bajet sudah ada, ianya boleh dilakukan dengan serta merta.
Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Ila Lala. Beliau memilih untuk hasilkan ubahsuai teratak kecil miliknya itu dengan cara extend supaya lebih luas dan selesa.
Jadi, jom sama-sama kita saksikan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Rumah kecilku. Alhamdulillah.
Keadaan rumah sebelum diubahsuai.
Keadaan rumah setelah selesai diubahsuai. Anggaran kos keseluruhan adalah RM80k.
Bahagian pagar hadapan pada waktu malam.
Bahagian bilik air sebelum diubahsuai.
Bahagian bilik air ini setelah selesai diubahsuai. Sangat cantik hasil ubahsuai yang dilakukan.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Ini pula adalah keadaan dapur selepas selesai diubahsuai. Beliau telah menyambung bahagian belakang dapur dan bilik belakang supaya kelihatan lebih luas dan selesa.
Untuk tiles dapur, beliau hanya beli sendiri. Selepas itu, hanya membayar upah tukang untuk pasang tiles tersebut. Kos keseluruhan adalah sekitar RM20K untuk dapur. Bahagian kabinet pula dibuat oleh kontraktor lain.
Dinding ruang tamu sebelum diubahsuai. Ketika ini dipasang wallpaper sahaja.
Ruang tamu selepas diubahsuai. Pada bahagian dinding dibiarkan kosong dengan hanya menggunakan cat putih. Keupayaan cat putih mampu menjadikan kawasan tersebut lebih kelihatan luas.
Penggunaan bunga hiasan mampu meningkatkan keserian ruang tamu rumah ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari inspirasi untuk mengubahsuai rumah kediaman masing-masing. Semoga bermanfaat.