Cara Mudah Cuci Karpet

1,143 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Karpet merupakan aksesori yang wajib ada di dalam rumah. Ianya bukan sahaja berfungsi sebagai penutup lantai rumah anda namun ia turut memberikan warna keindahan yang tersendiri di ruang tamu rumah anda. Materialnya yang lembut mampu memberikan suasana yang nyaman dan mampu menceriakan lagi persekitaran rumah anda. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara mudah cuci karpet.

Walaupun begitu, sangatlah leceh untuk menjaga karpet kerana saiznya yang besar, susah dibasuh dan senang untuk berhabuk. Untuk membasuhnnya, anda perlu membawanya ke kedai dobi berhampiran dan casnya juga boleh tahan mahal. Anda tidak perlu risau lagi kerana min akan kongsikan beberapa tips untuk mencuci sendiri karpet anda.

Jom kita ikuti beberapa tips mudah yang telah dikongsikan oeh Puan Norhazira Johari menerusi laman sosial Facebook Kelab Kaki Deko.

Cara Mudah Cuci Karpet :

Harini akak nak share tips cuci carpet guna mesin.
Carpet yang akak guna jenis dipijak lembut. Bukan jenis material berbulu atau keras. Sebelum ini akak penah hantar ke kedai dobi untuk basuh karpet. Entah dekat mana silapnya. Carpet itu jadi rosak. Tak gebu. Dia punyea foam material dalam carpet itu jadi berketul-ketul. Perasaan akak time itu. Memang frust. Bayar mahal carpet pulak rosak.
Kemudian, akak search google. Cara basuh carpet dan tak merosakkan material karpet.
Setelah setahun lebih akak praktikkan. Karpet akak pun still gebu. Dan jimat duit dari hantar ke dobi.
Kat sini akak Nak kongsikan cara-caranya. selamat mencuba.
Maklumat tambahan:
Saiz mesin : 13kilo
Saiz karpet : lebar 2seater sofa
Ketahan mesin : selama pakai setahun lebih ni. Mesin okay lagi.  Alhamdulillah.

Langkah 1

 

Lipat kedua dua bahagian karpet menjadi separuh seperti gambar di bawah.

Langkah 2

Lipat dua macam ini. Lepas itu lipat lagi sekali.

Langkah 3

Bile masukkan ke dalam mesin. Pastikan bahagian pink tu kat bawah.
Fungsinya untuk senang habuk-habuk keluar.

Mesin basuh yang digunakan oleh Puan Norhazira adalah mesin basuh  Hitachi saiz 13 Kilogram.
Selamat mencuba di rumah masing-masing.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down