Barangan kesayangan isteri, jika kita tersalah rosakkannya, sudah tentu bakal dihujani dengan alunan tazkirah yang mendayu-dayu dari mulut isteri.
Jadi, untuk mengelakkan dari perkara tersebut berlaku, sebagai suami, perlu memikirkan satu cara untuk mengambil semula hati isteri yang sedang marah itu.
Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini bernama Mohd Asmawi Bin Che Ghani. Akibat dari kesan kopek yang menyebabkan almari itu tidak cantik lagi, beliau telah membaiki drawer lama tersebut jadikan lebih baru.
Tanpa berlengah lagi, jom sama-sama kita ikuti proses dan cara yang dilakukan dengan lebih lanjut di bawah ini.
Gatal tangan tak reti duk diam. Asalnya nak buka wallpaper putih tu je.
Bila kopek, dengan kulit-kulit board itu sekali terkopek. Nampak buruk dah drawer. Marah Orang rumah
Bermodalkan lebih kurang RM65.30, kita make up bagi cun-cun dahulu.
Barangan yang digunakan:
Drawer setelah terkopek.
Jadi, langkah yang perlu dilakukan adalah, bahagian lapisan permukaan yang terkopek itu digosok dengan menggunakan kertas pasir.
Proses pemotongan kayu wainscoting untuk dijadikan corak bingkai hiasan pada bahagian drawer tersebut.
Kemudian, bahagian tengah ditebuk untuk pemasangan tombol.
Kayu wainscoting terlebih dahulu disusun supaya seimbang sebelum disapu gam dengan menggunakan XBond Glue.
Gambar semasa proses tampalan gam selesai dilakukan.
Drawer yang telah selesai dipasang wainscoting.
Untuk base ini. Cat yang digunakan adalah cat Dulux.
Drawer setelah selesai di cat dengan warna putih. Proses seterusnya pula adalah pemasangan tombol drawer tersebut.
Tombol yang digunakan adalah jenis ini.
Inilah hasil akhir drawer ini setelah selesai diperbaharui.
Itu sahaja perkongsian mengenai cara baiki drawer lama pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.