Apabila adik beradik yang sudah lama tidak pulang ke kampung ingin pulang, pasti kita mahu menyambut kepulangan mereka dengan layan yang istimewa seperti menghidangkan makan yang sedap-sedap untuk mereka, contohnya kambing golek. Untuk menghasilkan kambing golek, sudah pasti memerlukan satu tempat khas membakarnya. Jadi, lelaki ini yang bernama Putera Ayah menunjukkan bakatnya dalam bertukang dengan berkongsi cara hasilkan set bakar kambing golek.
Jom ikuti perkongsian DIY yang menarik ini.
Bila adik-beradik balik berhimpun rancang nak buat kambing golek.
Rancang pagi malam dah nak buat, nasib ada besi lebih renovate rumah, kita buat set bakar kambing golek, start pukul 3 petang siap pukul 6 petang.
Barangan dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan set bakar ini.
Ketika ini proses pemasangan tempat bara api mula dipasang.
Ianya perlu dipateri supaya kukuh dan tahan lama.
Hasil diy set bakar setelah selesai dipasang.
Lebihan besi yang digunakan.
Kambing diperap dan bersedia untuk digolek.
Inilah hasilnya.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai cara hasilkan set bakar kambing golek pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.