Penghasilan dekorasi rumah tidak semestinya memerlukan bajet yang besar. Kadangkala ada juga pemilik rumah yang hanya melakukan dekorasi dengan cara bajet sahaja namun hasilnya cukup cantik dan menarik.
Itulah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Zuraida Mat. Beliau melakukan projek accent wall dan wainscoting cermin yang sangat cantik dan kelihatan kreatif.
Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah,
Projek deco ruang tamu hampir siap. Perabot dan hiasan pakai dulu nati beli baru
Ruang tamu tempat menonton tv semasa dalam proses ubahsuai.
Dinding ruang tamu selepas selesai dipasang shiplap wall pada ruang menonton tv.
Proses pemasangan wainscoting cermin dan accent wall pada bahagian dinding sebelah lagi sedang dilakukan.
Accent wall tersebut setelah dicat dengan lapisan pertama.
Hasil setelah accent wall tersebut selesai disapu cat. Sangat cantik dan menarik hasilnya.
Proses seterusnya pula adalah pemasangan wainscoting cermin.
Proses pemasangan diteruskan lagi dengan mengecat dengan warna biru juga supaya warna dinding sekata.
Untuk kawasan ini pula, beliau langsung tidak usik dan kekalkan sahaja sebab sudah lawa.
Sangat menarik ubahsuai yang dilakukan. Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.