4 Bahan Jadikan Lantai Sentiasa Bersih Dan Berkilat

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mop lantai ni memang lah senang. Tapi nak pastikan lantai berkilat tu kena ada cara yang betul semasa mop. Kalau tak hari ini mop esok dah berminyak balik lantai. Dah satu kerja pulak nak mop balik.

Seorang suri rumah, iaitu Rose ada berkongsi dengan menggunakan 4 bahan jadikan lantai sentiasa bersih dan berkilat.

Dengan Menggunakan 4 Bahan Jadikan Lantai Sentiasa Bersih Dan Berkilat

5 Bahan yang diperlukan adalah:

  1. Air panas
  2. Pencuci lantai
  3. Baking powder
  4. Cuka
4 Bahan Jadikan Lantai Sentiasa Bersih Dan Berkilat

Pertama sekali, jerang air terlebih dahulu. Sebaiknya jangan gunakan air yang baru sahaja mendidih kerana ia boleh merosakkan lantai. Tunggu dahulu beberapa minit kemudian tuangkan ke dalam baldi.

Kemudian, air panas tadi dicampur dengan pencuci lantai. Tidak kisah jenama apa asalkan pencuci lantai. Untuk sukatannya, jangan terlalu banyak jangan terlalu sikit. Gunakan kaedah agak-agak sahaja.

Seterusnya adalah cuka. Guna sahaja cuka yang sudah ada di dapur rumah anda.

Bahan yang terakhir adalah soda bikarbonat ataupun baking powder. Seperti dalam gambar, Rose syorkan untuk guna jenama Arm & Hammer.

Selepas itu ambil mop dan mop sahaja macam biasa. Boleh lihat hasilnya lantai nampak lebih bersih dan berkilat. Yang penting rumah pun bau wangi.

Sekian sahaja dari kami Giler Deco. Semoga berguna untuk anda di masa akan datang.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down