Setiap orang mempunyai impian untuk miliki rumah sendiri. Terutamanya bagi pasangan yang sudah berkahwin. Tidak kira samada rumah kampung atau rumah di bandar.
Sebagaimana yang dikongsi oleh Puan Ezzatieylishaa ini tentang proses beliau dan suami bina rumah sendiri tanpa upah kontraktor.
Puan Ezzatieylishaa dan suaminya berhajat untuk memiliki rumah pada tahun 2019 tanpa berhutang.
Berbekalkan tanah yang diberi oleh ibu mertuanya, pada November tahun 2020, dengan khudrat tenaga daripada suami dan bapa mertuanya pembinaan bermula.
Disebabkan semua kerja dibuat oleh suami dan ayah mertua, mereka dapat jimat dalam 50% untuk siapkan rumah ini. Semuanya buat sendiri termasuk wiring dan pasang paip.
Dengan modal yang tidak banyak, iaitu RM30k dapat dua bilik tidur, dua bilik air, satu ruang tamu dan satu garaj kereta. Semua ini tidak termasuk dengan barang elektrik dan perabot rumah.
Pembinaan rumah semuanya dibuat sendiri tanpa bayaran upah termasuk kabinet dapur.
Tepat 3 tahun usia perkahwinannya dan suami iaitu 1 Februari 2022, mereka sudah boleh duduk rumah sendiri. Tahun ni dapat beraya di rumah baru walaupun rumah tidak siap sepenuhnya lagi. Barang perabot pun masih banyak yang belum dibeli katanya.
Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga dapat sesuatu dari penulisan ini.
Kredit : Ezzatieylishaa