Apabila menjelang hari raya Aidilfitri, sudah pasti ramai pemilik rumah mula memikirkan untuk menukar perabot, karpet sebagai persiapan untuk menyambut hari raya.
Jika ingin membeli baru, kos yang perlu dikeluarkan sudah pasti agak berlipat kali ganda. Jadi, sebagai langkah penjimatan, apa yang perlu dilakukan adalah dengan menambah baik apa yang perlu dengan cara DIY sahaja, sebagai contohnya menukar cover sofa lama tersebut.
Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Irda Waty. Beliau menghasilkan projek menukar cover sofa lama dengan cara bajet dan tidak perlu mengeluarkan modal ribuan ringgit.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.
Tukar cover sofa sendiri. Buat pelan-pelan and sikit-sikit sebab buat sorang-sorang.
Masa yang diambil 8 hari untuk siapkan.
Total kos dalam RM400.
Alhamdulillah sempat siap sebelum raya.
Keadaan sofa ini sebelum cover ditukar sendiri olehnya.
Sebelum beliau berhasrat untuk tukarkannya sendiri dengan cara DIY, beliau ingin mengupah orang. Tetapi harga yang dikenakan untuk mengupah orang agak terlalu tinggi.
Upholster dekat kedai berbaloi untuk sofa-sofa yang mahal seperti di dalam perbualan Whatsapp dibawah. Macam sofa-sofa jenis lama, kebanyakan bodynya tahan tak sama macam sofa baru dan bahagian-bahagian lain juga sudah lusuh.
Kalau untuk sofa bawah RM2k mungkin akan rasa ralat nak hantar repair kecuali memang betul-betul sayag sofa tersebut.
Ketika ini adalah semasa proses meleraikan cover cofa tersebut untuk digantukan dengan yang baru.
Untuk set cover sofa yang baru itu beliau jahit dengan sendiri.
Proses pemasangan cover baru hampir selesai dilakukan.
Inilah hasilnya. Keadaan sebelum dan selepas sofa ini.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.