Welcome board sudah menjadi satu trend di Malaysia. Kebiasaannya orang akan letak di majlis perkahwinan untuk tetamu dengan tujuan memberitahu kepada tetamu tentang majlis tersebut dan sebagai kata-kata aluan.
Ada yang menjadikan pembuatan welcome board sebagai satu sumber rezeki. Perkara ini dilakukan oleh Fatin Hanani. Beliau juga ada berkongsi bagaimana beliau diy sendiri welcome board di rumahnya menggunakan arcylic board.
Disebabkan board yang terlalu besar, jadi beliau kena ukur dan potong dahulu board tersebut mengikut saiz yang diinginkan. Kalau board besar sangat pun tak cantik juga.
Selepas itu, ambil kertas kosong. Kertas ini tujuannya hanya untuk buat draf ditulisan pada board tersebut. Sebagai contoh, nama mak ayah, alamat, doa masuk rumah atau selamat datang.
Dah siap draf, buat dekat dalam Microsoft Word sama seperti yang telah draf di kertas tadi. Kemudian print out dan simpan dahulu.
Seterusnya, basuh dahulu segala kekotoran yang ada pada board tadi. Hal ini supaya hasilnya nanti akan nampak lebih kemas dan cantik. Nak buat kerja pun rasa best.
Seusai siap bersihkan board potong kertas yang telah di print out tadi mengikut saiz yang betul seterusnya, susun di atas cutting board. Part ni perlu teliti kerana ianya agak mencabar dan memerlukan kesabaran. Pastikan susunan kertas tidak senget dan seimbang.
Step seterusnya, beliau meletakkan cutting board yang telah disusun dengan kertas tadi diatas stand. Kemudian tekap tulisan yang tercetak di kertas yang ditampal pada cutting board tadi. Part ni ambil masa yang agak lama bagi mereka yang first time buat.
Sudah siap tekap tulisan, macam ini lah hasilnya. Tapi, ini bukan final look.
Disebabkan inginkan kelainan pada welcoming board kali ini, jadi beliau menggunakan sticker wallpaper bercorak kayu untuk dijadikan background board tersebut.
Hasilnya akan kelihatan seperti ini. Boleh gantung di tepi pintu bahagian luar rumah.
Begitulah cara bagaimana Fatin Hanani DIY sendiri welcome board di rumahnya dengan menggunakan arcylic board. Sampai disini sahaja perkongsiannya. Semoga bermanfaat pada semua.