Dapat membina rumah berkat dari hasil usaha sendiri boleh dikatakan satu kejayaan besar buat kita dan keluarga. Walaupun ianya tidak besar dan mewah seperti rumah orang lain. Namun, ia sudah cukup memadai untuk memberi keselesaan buat keluarga tersayang.
Pembinaan rumah di tepi bendang ini berkat dari pemaju yang cukup cekap dalam melakukan kerjanya dengan jujur dan telus. Bayaran permulaan untuk rumah ini sekitar RM35K dan selepas itu dibayar secara ansuran sebanyak RM590 sebulan.
Untuk melihat gambar dari permulaan dan akhir pembinaan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Rumah berkeluasan 850 kaki persegi dengan harga 70k. Rumah ini selesai pembinaannya pada 2021.
Permulaan bayar RM35K dahulu, baki yang selebihnya buat bayaran secara ansuran RM590 sebulan.
Alhamdulillah selesa anak-anak dan isteri.
Keadaan bahagian rumah semasa dalam proses pembinaan.
Keadaan rumah setelah selesai di cat.
Keadaan rumah setelah selesai di cat sepenuhnya.
Gambar bahagian dapur rumah ini.
Keadaan bahagian dalaman rumah. Walaupun cukup simple, namun ia sudah cukup memberi keselesaan kepada kita sekeluarga.
Menarik pembinaan rumah tepi sawah yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap ia dapat memberi inspirasi kepada mereka yang ingin membina rumah dengan bajet seperti ini.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Hanif Gee