Siapa sangka, dari keadaan luaran pondok ini yang kelihatan sangat usang dan lusuh menyimpan seribu satu kisah menarik disebalik keadaan yang kelihatan uzur ini.
Sekali imbas, sudah pasti semua orang akan berkata ini hanyalah pondok biasa yang dijadikan sebagai tempat berteduh dan stor. Namun, pemilik rumah ini yang bernama Baharuddin Mamat, membuktikan bahawa tidak semua apa yang dilihat dari luar itu buruk, dalamannya pun akan sama sahaja.
Ramai yang terpesona dan kagum setelah melihat keadaan dalaman pondok ini begitu luar biasa dengan dekorasi yang dihasilkan sangat premium dan mewah seakan hotel "high class". Video pondok Pok Din ini telah dikongsi dilaman tiktok seorang pemuda yang bernama salahuddinmazelan. Video tersebut telah mendapat 11.6 juta tontonan pada ketika ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikuti dibahagian bawah ini.
Keadaan bahagian luar pondok miliknya.
Kalau dilihat dari luar, rasanya ramai yang tidak menyangka kerana ianya sangat kelihatan lusuh dan begitu usang.
Okey sekali Pok Din ni buka pintu, Nah... keadaan dalamannya sangat mewah dan kemas.
Lantainya guna mozek lagi tau, bukannya simen konkrit biasa.
Sudut penjuru dijadikan ruang bacaan.
Bahagian bilik air sangat kelihatan premium, siap ada tub mandi lagi tau.
Mangkuk tandas pun kelihatan cukup premium dengan penggunaan warna gold.
Paip pada sinki bilik air menggunakan sensor, hanya letak tangan dan air akan keluar.
Sangat menarik keadaan dalaman pondok usang milik Pak Din ini. Untuk pengetahuan, beliau merupakan seorang pemilik kedai makanan Asam Pedas Legend di Terengganu. Namun, beliau lebih memilih keadaan seperti itu kerana mahu kekalkan keunikan pondok tersebut.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca diluar sana. Semoga bermanfaat.