Siapa kata wanita bujang tak mampu untuk hasilkan dekorasi pada ruang laundry?
Perkara tersebut telah dibuktikan oleh wanita ini yang bernama Eyda Aizan. Beliau telah berjaya menukarkan ruang laundry lamanya yang berserabai itu kepada satu konsep baru yang cukup kreatif dan kemas.
Untuk melihat hasil ubahsuai yang dilakukan, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Hasil air tangan orang perempuan, macam ini la rupanya.
Buat sikit-sikit je dengan beli barang dekat Shopee.
Kos yang dikeluarkan tak sampai RM500 pun sebab yang mahal cabinet dapur tu. Kalau tak termasuk kabinet dalam RM150 je.
Bahagian ruang laundry ini sebelum diubahsuai.
Ubahsuai ini dimulakan dengan pemasangan wallpaper yang dibeli dari Shopee pada seluruh dinding ruang ini.
Kemudian beliau pasang rak pada dinding.
Seterusnya, pada bahagian lantai beliau memilih untuk pasang vinyl.
Ini pula bahagian ruang memasak selepas selesai dideco.
Beginilah rupa bahagian laundry ini setelah selesai dideco. Nampak lebih kemas dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea dan inspirasi untuk menghasilkan dekorasi pada ruang laundry dengan cara bajet.
Semoga bermanfaat.