Ubahsuai Rumah Busuk Corner Lot Dihuni Kambing Kepada Konsep Moden

4,790 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jika ingin membeli rumah busuk yang telah bertahun lamanya telah dibiarkan kosong dan terbiar, boleh dikatakan memang kita akan berfikir 2,3 kali. Hal ini kerana, keadaan yang lusuh dan dipenuhi dengan sampah sarap serta berlakunya kerosakan membuatkan ianya kelihatan seram dan tidak dipandang oleh masyarakat untuk memilikinya.

Jika tidak ada orang yang sanggup untuk memberikan nafas baru terhadap rumah tersebut, sampai ke sudahlah ianya akan kekal lusuh dan dimamah usia.

Namun, akhirnya rumah ini dibeli oleh seorang lelaki ini yang cukup terkenal dalam membeli rumah busuk dan kemudiannya menukarkannya kepada rumahku syurgaku. Beliau bernama Mohd Safuan.

Jadi, untuk melihat hasil ubahsuai yang dilakukan ini, boleh teruskan bacaan dibawah ini.

Ubahsuai Rumah Busuk Corner Lot Kepada Konsep Moden

Pada asalnya, rumah ini dipenuhi dengan sampah sarap dan menjadi tempat tinggal kambing.

Ubahsuai Rumah Busuk Corner Lot  Dihuni Kambing

Selepas membelinya, beliau telah melakukan major renovation dengan melakukan extend ke tepi untuk membesarkan bahagian dapur.

Bahagian siling asal itu memang sudah tidak dapat digunakan lagi dan perlu ditukar kesemua plaster siling itu.

Ubahsuai Rumah Busuk Corner Lot  Dihuni Kambing

Inilah tambahan yang dilakukan tadi. Beliau menukarkan bahagian dapur serta menambah ruang di sebelah bilik master. Pada gambar di bawah ini, pintu asal dibuang dan digantikan dengan pintu daun, 2 pintu.

Ubahsuai Rumah Busuk Corner Lot  Dihuni Kambing

Ruang dapur dibesarkan supaya suri rumah suka dan lebih rajin untuk memasak.

Ubahsuai Rumah Busuk Corner Lot  Dihuni Kambing

Rumah ini memang kelihatan sangat besar selepas di extend dua ruangan baru.

Ubahsuai Rumah Busuk Corner Lot  Dihuni Kambing

Pada bahagian dalaman pula, tiles dipasang supaya lebih kelihatan menarik.

Pada ruang bilik air, ianya dilakukan refurbish dengan menukarkan tiles, tandas dan sinki.

Pada bahagian pagar pula, ia dibuat anti climb supaya lebih kelihatan luas.

Inilah rupa rumah setelah siap dengan sempurna diperbaiki. Selain itu, rumah ini juga pasang wiring baru dan piping baru serta dicat luar dan dalam.

Setelah selesai diubahsuai, akhirnya rumah ini telah terjual dan pembeli pun telah masuk untuk menghuni. Semoga penghuni baru gembira.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi buat semua pembaca untuk mengubahsuai semula rumah busuk jadikan syurga buat keluarga masing-masing.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down