Tahun 2020 adalah tahun yang begitu sukar untuk kita dimana kita semua berhadapan dengan pandemik COVID-19. Gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara ini dijangka berlarutan hingga awal tahun depan, seiring peningkatan kes jangkitan virus itu di seluruh dunia. Perkongsian kali ini adalah dari Mohd Faridzul Ishak. Perkongsiannya adalah mengenai idea dekorasi pejabat mini sewaktu pkp.
Tambahan pula, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) yang telah diperkuatkuasa hampir diseluruh negara kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan. Dengan ini kita dapat menyaksikan ramai orang mula bekerja di rumah berbanding bekerja di pejabat.
Antara salah satu yang akan membantu seseorang aktif dan produktif ketika bekerja di rumah adalah ruang bekerja. Oleh itu, saya kongsikan sedikit idea dari carian Google tentang idea untuk menyusun dan menghias pejabat mini yang boleh dilakukan sama ada di bilik tidur, bilik tetamu, bilik utiliti, bilik khas, laluan atau lorong mahupun berkongsi ruang dengan ruang tamu dan ruang-ruang lain. semuanya boleh dilakukan. Tiada yang mustahil!
Memang benar kita memerlukan tempat yang selesa dan tenang untuk melakukan kerja dirumah. Jika keadaan agak bising kita akan sukar untuk fokus apa bila melakukan kerja dirumah.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang menarik ini mengenai idea-idea yang menarik untuk bilik pejabat mini ini.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada perkongsian kali ini. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak idea untuk anda dalam mengatasi masalah yang kurang selesa apabila melakukan kerja dirumah sempena pandemik dan wabak Covid19. Semoga bermanfaat! Semoga anda dapat bekerja dari rumah dengan selesa dengan adanya pejabat mini seperti ini.