Wainscoting ini merupakan antara dekorasi dinding yang paling popular dan ramai digunakan oleh rakyat Malaysia. Setiap wainscoting ni ada jenis-jenis dia pulak. Antaranya adalah wainscoting mirror, beaded wall, wall frame dan banyak lagi.
Untuk perkongsian daripada Fynn Fyna ini, beliau berkongsikan bagaimana untuk melakukan sebuah dekorasi rumah merangkumi wainscoting daripada pelbagai jenis diruang yang berbeza. Proses memasang jenis wainscoting ini memakan masa yang lama namun hasil akhir selepas siap semua antara yang puas hati melihatnya.
Sebelum dan selepas. Ada yang tanya, kalau ada anai2 macamna? Nanti habis wainscoting.
Sebelum pasang wainscoting / kabinet / lantai jenis kayu & yang berkaitan. Memang saya akan pastikan rumah tu takda anai2. Kalau ada memang kita takkan pasang sampai siap treatment.Bukan apa sis, kalau ada bukan wainscoting je dia buat kerja, semua barang2 jenis kayu /perabot dan wall pun semua habis.
Lagi2 kat bawah lantai kayu. Tak nampak kan kemain aktif dia kat situ.. Gambar dekat bawah sebahagian progress kerja. Lepas bukak wallpaper ada masalah wall rosak sebab anai2 jugak, so kita mintak treatment dulu then baru masuk install. Kat sini banyak contoh boleh tengok
- Half wall wainscoting
- Half wall beaded
- Half wall wainscoting + wallpaper ( top )
- Wall treatment lepas bukak wallpaper
Cara Untuk Pasang Wainscoting Kayu Dan Baiki Dinding Rosak Di Rumah
Wainscoting Wall Frame
Dalam proses melakukan wainscoting wall frame pada bahagian hallway daripada ruang tamu utama.
Memasang half frame pada bahagian dinding rumah. Mencabar gak sebab nak bagi semua posisi sama.
Dah settle pasang frame dan cat dinding ini dengan warna putih.
Bahagian ini juga menggunakan wall frame sama macam hallway dari ruang tamu.
Kemas jer tengok wall frame ni tambahan pula apabila semuanya dicatkan dengan warna putih.
2 ruang yang menggunakan wall frame sekata.
Wainscoting Wall Beaded
Ini pula adalah bahagian hallway daripada ruang dapur. Yang ni nak plan buat wainscoting Wall Beaded.
First sekali adalah susun dahulu frame macam ni. Pastikan semua rapat-rapat.
Hasil selepas siap beaded wall yang telah dicatkan sepenuhnya.
Yang ni masa awal-awal bukak wallpaper yang dah lama melekat pada dinding. Dahlah wallpaper tu susah nak buang siap pakej ada anai-anai lagi.
Lepas bukak wallpaper , treatment anai2 dulu barulah boleh lakukan proses memasang jenis wainscoting.
Kredit : Fynn Fyna