Jom Ketahui 3 Jenis Mesin Pengering Baju Jimat Elektrik

1,172 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rasanya agak ramai yang mengalami masalah seperti ini, antara masalah anak-anak dekat rumah adalah apabila nak sidai baju. Semasa basuh baju okey lagi. Cuma bila disuruh sidai baju, siap boleh bergaduh dahulu dengan anak-anak sebab biasalah kita sendiri pun ketika kecil sangat liat bila disuruh jemur baju.

Itu baru satu hal, kalau disuruh sidai baju, lepas sejam pun belum tentu siap anak sidai. Nak tunggu sangkut dekat hanger, sampai ke penyidai, sempatlah emak dan abah ni jadi singa dahulu.

Kemudian, apabila sudah sidai, nak suruh angkat pula, tunggu pula sehari dua lagi baru mereka angkat. Proses basuh, sidai, sampai masuk balik dalam rumah, makan dua tiga hari juga kalau bagi anak-anak buat (Nada bergurau).

Jadi, bagi mengatasi masalah seperti itu, pembelian mesin pengering baju di rumah sangatlah disarankan dan diperlukan. Namun, sebelum membeli, buatlah pilihan yang bijak, cari yang menjimatkan elektrik dan senang digunakan. Jika tersalah beli, kita yang bakal menanggung akibat.

Jom, kita ketahui beberapa jenis mesin pengering baju yang sesuai digunakan seisi rumah tanpa perlu pening kepala memikirkan bil elektik melambung.

Jenis Mesin Pengering Baju Jimat Elektrik

1. Dryer Toshiba Vented:

Harga untuk mesin pengering baju ini sangat murah dan berpatutan. Dengan berbekalkan RM800 sudah boleh memiliki dryer ini. Cuma jenis ini perlu letak pada bahagian luar rumah. Ia bertujuan untuk alirkan wap air. Kalau letak di dalam rumah, perlu sediakan satu saluran untuk tujuan keluarkan air itu.

Jenis Mesin Pengering Baju Jimat Elektrik

2. Dryer Midea Condenser:

Mesin pengering baju jenis ini harganya boleh tahan, ia bermula dari harga RM1200 dan ke atas. Mesin pengering jenis ini tidak perlu letak dekat luar rumah.

Hal ini kerana, kelebihan mesin pengering ini mampu menukarkan wap menjadi air dan disimpan di dalam bekas yang sudah tersedia pada mesin tersebut.

Cuma, setiap kali lepas keringkan baju, kita kena buang air itu. Dari segi penggunaan elektrik pula, ianya boleh dikatakan agak jimat juga. Namun, akan ada tambahan RM15 hingga RM20 jika digunakan setiap hari. Masih dikira berbaloilah kan?

Jenis Mesin Pengering Baju Jimat Elektrik

3. Dryer Samsung Heat pump:

Bagi mesin pengering baju jenis ini, konsepnya masih sama dengan jenis condenser. Tetapi, ia lebih power dan padu. Kalau prestasinya padu, sudah pasti harga pun level kayangan sedikit. Sepanjang pencarian, semuanya harga lebih RM2000 untuk mesin pengering jenis ini. Kalau ikutkan testimoni dari orang yang menggunakan mesin pengering baju jenis ini, ramai yang memuji kerana prestasinya sangat padu.

Okey kita beralih kepada penggunaan elektrik untuk dryer jenis ini jimat atau tidak. Jika disemak selepas penggunaan, sekali penggunaan boleh mencecah sehingga 800 watt. Kalau ianya digunakan setiap hari, akan ada kenaikan bil sebanyak RM5 sahaja. Kalau dua hari sekali, RM2.50 sahaja bil dryer sebulan.

Sangat murah! Memang patut samsung claim, kos elektrik hanya RM30 setahun (kalau salah tolong betulkan). Kalau beli dryer jenis heatpump, harganya memang mahal. Namun, penggunaan elektrik cukup jimat dan murah.

Cuba kira balik condenser dengan heatpump dalam jangka masa setahun mana yang lebih untung? Biar beli mahal sekali tapi jimatnya berpanjangan. Daripada beli murah tapi bil mahal. "Lepas basuh, masukkan dalam dryer, setkan masa, tunggu 3 jam dan siap. Memang kering tau.

Namun, sudah pasti setiap perkara akan ada yang mengeluh, "lamanya 3 jam", Alah, bertenanglah, setidaknya kita dapat menjimatkan penggunaan elektrik, bayar murah setiap bulan. Lagipun, siapa yang nak tunggu 3 jam kan? Lepas kita klik start, buatlah kerja lain. Nak tidur ke, tengok tv ke, kemas rumah ke, selepas 3 jam barulah keluarkan baju dari mesin.

Jenis Mesin Pengering Baju Jimat Elektrik

Tak Berkedut Ke?

Ada sesetengah dryer, memang sudah ada anti wrinkle. Fungsinya menjadikan baju yang keluar dari mesin tidak akan berkedut. Bukanlah tak kedut langsung, tapi tak berkedut macam kita pakai dryer dobi layan diri. Paling best, ianya siap boleh memerangkap habuk tau.

Selepas selesai basuh, kita boleh buang habuk yang terkumpul dalam filter yang telah disediakan. Baju bukan setakat bersih tapi lebih bersih dan tiada habuk.

Puas Hati Tak Beli Dryer Sambung HeatPump?

Jawapannya sangat berpuas hati.

Berbaloi Tak Beli Dryer Samsung Heatpump?

Sangat berbaloi, alah membeli, menang memakai.

Senang Tak Pakai Dryer Samsung Jenis Ini?

Sangat senang dan user friendly. Kalau dah sekali beli dan pakai mesin pengering baju ini, tak perlu kalut nak sidai baju semasa matahari terik dan semasa hari nak hujan.

Secara kesimpulannya, sebelum berniat untuk beli, cuba buat kira-kira dahulu yang mana satu lebih berbaloi antara dobi layan diri atau beli mesin pengering. Dengarlah wahai suami-suami di luar sana, kalau isteri suruh beli, belilah, pasti tidak akan menyesal.

Kalau isteri suruh basuh baju, dijamin para suami akan buat tanpa banyak bicara. Silap haribulan, isteri tak suruh basuh baju pun, suami sendiri yang nak basuh. Lagipun, bukan untuk orang lain. Untuk kesenangan bersama juga.

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Kredit: Abdul Muiez

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down