Kalau sebut mengenai trademark "Hitam Itu Premium", sudah pasti kita sudah tahu siapakah yang selalu menggunakan perkataan tersebut. Siapa yang tidak kenal dengan influencer popular bernama Fendy Mojo kan?
Secara kebiasaannya, beliau hanya memberikan fokus pada penjagaan kereta dan dekorasi pada rumah kediaman sahaja.
Namun pada kali ini, beliau berkongsi satu pengubahsuai yang cukup menarik dilakukan pada bangunan yang disewa untuk dijadikan sebagai showroom dan office buatnya.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Bahagian pintu masuk selepas diberi sewa.
Bahagian dalaman sebelum diubahsuai.
Kerja-kerja ubahsuai mula dilakukan.
Dinding selepas dicat dengan warna hitam.
Keseluruhan dalaman selesai dicat dengan warna hitam.
Beberapa hari kemudian, bahagian dinding tersebut akan dipasang wainscoting.
Proses-proses pemasangan wainscoting dilakukan.
Inilah hasil bahagian dinding selepas wainscoting selesai dipasang.
Penggunaan cermin menjadikan ianya kelihatan lebih premium dan menarik.
Beliau berkata, bahagian dinding yang dipasang flute wall ini akan jadikan tempat letak sign board trademark "Hitam Itu Premium".
Untuk video penuh, boleh lihat di bawah ini:
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini.