Boleh dikatakan hampir setiap hari pemilik rumah menggunakan mesin basuh untuk mencuci pakaian di rumah. Namun, rasanya ramai yang mengabaikan penjagaan mesin basuh tersebut.
Sepatutnya, ia perlu diservis dan dicuci bagi memastikan kualiti cucian kekal bersih dan berfungsi dengan baik. Barulah tidak ada masalah sabun terlekat dan habuk pada baju.
Jadi, jom kita lihat cara servis mesin basuh dengan lebih lanjut di bawah ini.
Maklumlah dah pakai sejak 2010. Tengok luaran macam okey tapi lepas tengok video yang viral suruh cuci mesin basuh tu saya cuba servis sendiri.
Memang betul dalaman nya kotor sangat. Setelah cuci nampak bersih sangat. Pakaian akan lebih bersih InshaaAllah. Yang mana sudah pakai lama itu boleh la cuba servis sendiri. Senang je.
Selamat mencuba.
Langkah pertama, buka nat skru dahulu.
Tujuan ianya dibuka adalah untuk meleraikan komponen-komponen yang ingin dicuci itu.
Komponen berjaya dileraikan. Bermulalah proses mencuci bahagian yang dileraikan tadi.
Rupa tong drum semasa dibawa keluar sebelum dicuci.
Bahagian tong drum selepas selesai dicuci.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga perkongsian tips ini dapat membantu pembaca di luar sana dalam melakukan penyelenggaraan mesin baru di rumah.
Selamat mencuba.
Kredit: Mohd Sukri