Tips Tombol Pintu Untuk Elakkan Anda Daripada Terkunci

218 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa pernah merasa terkunci dari dalam bilik dan tak boleh keluar? Mesti rasa berdebar dan panikkan lebih-lebih lagi kalau tak tau macam mana cara nak buka tombol pintu yang terkunci ataupun tersekat didalam. Ini adalah disebabkan setting tombol pintu tersebut telah ditetapkan dalam keadaan sentiasa kunci.

Namun, janganlah anda risau atau panik jika perkara ini berulang ataupun terjadi kepada anda. Anda hanya perlu tahu bagaimana untuk tau setting ubah tombol pintu dari setting sentiasa kunci kepada setting normal hasil ajaran daripada Rusyaidi Husni Abdul Latib.

Risau Takut Anda Terkunci Dari Dalam? Ini Dia Tips Tombol Pintu Perlu Anda Ketahui

Tombol pintu sentiasa terkunci?

Pernahkah anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu "tersekat" di dalam, dan perlu sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walaupun sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.

2 Setting Yang Ada Pada Tombol Pintu

Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol pintu ada 2 settings iaitu

  • Keadaan sentiasa kunci
  • Keadaan Normal

Bagaimana Setting Ini Berfungsi?

Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkan punat kunci. Putar ke arah lawan jam ( ke kiri ) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam ( ke kanan ) untuk mode sentiasa kunci.

Tips Tombol Pintu

Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci. Kadang2, sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu berada dalam keadaan sentiasa kunci.

Kalau info ini bermanfaat untuk anda, sila kongsikan. Harap maklumat ini tidak disalah guna.

Kredit : Rusyaidi Husni Abdul Latib

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down