Jika bahagian rumah kita ada satu ruang atau bilik kosong yang jarang digunakan, sebaiknya jadikan ianya sebagai ruang solat. Nak beribadah pun senang tak ada orang kacau. Betul tak?
Ruang-ruang sebegini sangat diperlukan menjelang bulan Ramadan. Ia akan membuatkan kita rasa lebih selesa untuk beribadah.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Hadi Ahn. Beliau telah berjaya menghasilkan pemasangan wainscoting dan mihrab pada ruang solat rumahnya.
Bagi melihat proses penghasilan yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Selesai DIY wainscoting dan mihrab sebelum raya hari tu.
Alhamdulillah
Proses mengukur dilakukan terlebih dahulu.
Kemudian, pemasangan wainscoting dilakukan.
Pemasangan wainscoting selesai dilakukan pada ruang tamu.
Pada bahagian ruang solat jugak selesai dilakukan pemasangan mihrab.
Sangat cantik penghasilan dekorasi yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.