Berapakah modal yang diperlukan kalau nak buat rumah 1 bilik ini? Kalau anda sedang mencari idea ataupun design yang diperlukan untuk rumah kecil boleh ikuti perkongsian daripada Sharmiela Wahab ini. Beliau berjaya membuat sebuah rumah bermodalkan RM40k sahaja.
Ramai tanya kenapa murah sangat RM40k? Menurut beliau kesemua barang-barang untuk membuat seperti tiles, bat, pintu dan juga tingkap adalah kebanyakkan barang reject dan juga barang terpakai. Beliau mengupah orang dan tidak menggunakan sebarang kontraktor.
Jom kita tengok bagaimana hasil rumah 1 bilik rm40k ini yang menggunakan barang reject dan terpakai. Adakah ianya cantik seperti rumah yang mencecah harga ratusan ribuan ringgit?
Masa buat rumah ni bajet saya tak banyak sebab dah beli tanah 30k bajet tinggal 40k buat rumah. Orang tanya kenapa buat bilik 1 je. Saya cakap tak apela ade rezeki kemudian nanti saya tambah laa bilik.
Dah 8 tahun duduk sini. Saya dah renovation sikit2. Orang kata tak lojik 40k. Saya pakai tiles reject, batu reject. Pintu/tingkap second. Upah orang tak pakai contractor. Beli barang2 sendiri.
Projek Membuat Rumah Dengan 1 Bilik Menggunakan Barangan Reject
Projek membuat rumah ini dilakukan dengan upah orang dan tidak menggunakan kontraktor.
Ramai yang tak percaya bajet RM40k boleh buat 1 rumah namun kebanyakkan banyak menggunakan tile, batu reject dan juga barangan terpakai.
Dalaman Rumah Setelah Siap Renovation Rumah Ini Dilakukan
Daripada ruang tamu sehinggalah kepada ruang dapur ini sememangnya nak kekalkan tema warna putih. Alang-alang rumah kecil boleh nampak luas dengan tema warna sebegini.
Bahagian luar rumah pintu masuk kami ini dilengkapi dengan grill untuk keselamatan.
Bahagian dapur mini kami ini yang simple sahaja. Tak banyak perabot cuma guna yang basic sahaja.
Kredit : Sharmiela Wahab