Projek Stor Bawah Tangga Menggunakan Lebihan Plaster Siling

407 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Seperti yang dimaklumkan bahawa ramai juga yang menghadapi masalah ada ruang kosong pada bahagian bawah tangga dirumah. Masalah ni perkara yang biasa jika anda berpindah kerumah yang kosong. Selalunya bahagian kosong ni boleh dijadikan sebagai mini library, tempat berehat dan sebagainya.

Kali ini, seorang pengguna facebook bernama Mohd Zahri Md Sah berkongsikan bagaimana beliau selesaikan masalah ruang bawah tangga yang kosong ini? Beliau melakukan sebuah projek stor bawah tangga untuk meletakkan barangan-barangan didalam stor tersebut.

Untuk melakukan prjek stor bawah tangga ini, beliau bukan menggunakan kayu plywood seperti diy yang lain tetapi menggunakan lebihan plaster siling. Daripada membazir buang plaster siling yang lebih, elok lakukan stor bawah tangga sebegini.

Sebuah Projek Stor Bawah Tangga Yang Menggunakan Lebihan Plaster Siling

Nak berkongsi dengan rakan2 yang suka diy. Tadi tengok ada yang share buat store bawah tangga guna plywood. Saya pula buat store bawah tangga guna lebihan plaster siling. Saya buat store bawah tangga sebelum bulan puasa haritu. Sebab hujung tahun lepas, saya diy siling plaster sendiri, jadi ada lebihan sayang pula nak buang.

Simpan punya simpan akhirnya dapat idea buat store bawah tangga, saya hanya perlu beli besi untuk buat rangka & plywood untuk buat pintu. Anggaran modal lebih kurang RM200. Plaster siling dah ada, pastu cat putih pun dah ada, bahan2 lain untuk plaster pun dah ada jadi boleh jimat sikit.

Semua ni lebihan DIY siling plaster hujung tahun lepas. Saya belajar dari internet je. Saya hanya berkongsi je, harap tak ade yang kecam. Semoga bermanfaat.

Proses Dalam Melakukan Projek DIY Stor Bawah Tangga Ini

Ni hari pertama buat, baru nak ukur2. Pening juga sebab lakaran dalam kepala lain, realiti masa nak lain pula. Apa2 pun kita buat tapak dulu, saya guna gam X-Bond & double tape 3M letak kat besi pastu lekat kat mozek.

Ketuk2 sikit dengan tukul, sayang nak tebuk lubang kat mozek tu. Kalau perasan skirting lantai yang warna hitam kat belakang tu saya cabut sebab nanti nak pasang kat dinding luar bila dah siap.

Masa ni siap sikit rangka. Nak dapatkan sambungan yang kemas antara plaster siling & tangga, saya ukur tebal plaster siling. Baru saya pasang besi yang bawah tangga tu, yang tu saya tebuk ikat skru, tak guna gam.

Stor Bawah Tangga

Rangka besi hampir 70% siap. Tak berani nak buat terus siap rangka, nanti nak selit2 plaster siling tak muat pula. Rangka dinding bawah saya buat rapat2 nak bagi kukuh sikit sebab plaster siling ni tak keras macam plywood.

Ni pandangan dari sudut dalam stor, dalam ni saya nak buat rak 2 tingkat, boleh la nak simpan sikit2 barang, baru la tersorok sikit.

Rangka dah siap hampir 100%. Nasib baik besi cukup2, tu pun habis ejas da nak bagi cukup, malas nak beli lagi.

Stor Bawah Tangga

Dah mula nampak sinar, nak sampai ke tahap ni pun hampir give up juga. Sapa suruh diy, tanggung la sendiri...hahaha. Ukur sikit potong sikit, begitu la seterusnya sampai tersusun macam puzzle. Baru2 nak belajar ni, salah2 potong tu biasa, pandai2 la ejas nanti.

Stor Bawah Tangga

Nampak tak cat tu, dah boleh tarik nafas lega sebab siap finishing semua. Nampak tak sambungan antara tangga dengan plaster siling? Tak nampak kan?

Stor Bawah Tangga

Da siap pasang semula skirting bawah tu, baru la nampak original macam pemaju yang buat kat dinding bawah tu. Masa raya baru ni buat open house tengok 2 orang dewasa bersandar kat situ, tak ade masalah. Alhamdulillah, anak duk main lari2 pastu langgar situ stakat ni ok lagi, mudah2an boleh bertahan lama.

Stor Bawah Tangga

Yang ni bila dah siap pasang pintu, guna plywood je pintunya. Rak pun dah penuh dengan barang, berselerak tu pasti.

Stor Bawah Tangga

Kredit : Mohd Zahri Md Sah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down