Rumah sewa kalau nak deco, tak boleh deco sesuka hati tau, paling tidak perlu minta kebenaran dari pemilik rumah terlebih dahulu.
Sekiranya pemilik rumah memberi keizinan, barulah dapat deco mengikut konsep yang bersesuaian dengan apa yang kita inginkan.
Perkara tersebut telah ditunjukkan oleh penyewa ini yang bernama Ungu Magenta. Beliau telah mengubahsuai dapur rumah sewa itu menjadikan ia kelihatan lebih kemas dan menarik.
Ingin melihat keadaan sebelum dan selepas dengan lebih lanjut? Jom terus ikuti di bawah ini.
Siapa yang suka colour putih gold coklat macam ini kita geng.
Office suri rumah yang kemasnya cuma waktu malam. Sedar tak sedar sudah setahun menyewa rumah ini, dapat kumpul barang dapur sikit-sikit.
Alhamdulillah sekarang rasa macam sudah dapat dapur impian. Kali ini kongsi deko dapur rumah sendiri, rumah flat berkeluasan 650 sqft dapur jenis memanjang tapi tuan rumah sudah renovate sikit satukan ruang laundry dengan tempat masak.
Kebinet semua sudah ada siap masa pindah, syukur sangat walaupun pertama kali menyewa, dapat rumah yang sudah cantik dan tuan rumah yang sangat baik.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Bahagian dapur ini selepas berjaya diubahsuai dengan cantik dan kemas.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Semoga dapat mendeco rumah sewa dengan cantik.