Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Bajet Bawah RM15

4,081 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap pemilik kereta di Malaysia pasti akan mengalami masalah yang biasa berlaku ini kan iaitu lampu kereta menjadi kuning. Masalah ini terjadi apabila bahagian luaran kereta terdedah kepada cuaca yang panas. Jom kilatkan lampu kereta yang kuning bajet bawah rm15.

Apabila terdedah, lapisan coating,sealant atau wax yang melindungi lampu tersebut menjadi nipis. Seterusnya, proses pengoksidaan akan berlaku sehingga terdapat kesan kekuningan pada lampu kereta tersebut. Ini menyebabkan lampu ini menjadi kurang terang apabila waktu malam.

Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan tentang cara-cara kilatkan lampu kereta yang kuning dengan bajet bawah rm15. Terima kasih kepada saudara Khairul Anwar Tumingan kerada sudi berkongsikan tips ini kepada kami. Mari ikuti perkongsian beliau selengkapnya dibawah.

Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Dengan Bajet Bawah RM15

Hari ni bro nak share cemana nak clearkan dan gilap headlight yang dah kuning and kusam dengan modal tak sampai RM15. Ada macam2 lagi cara dan produk untuk tujuan ni, tapi ni antara yang berhasil lah. Yang penting kena gigih menggosok yeh.

Selamat Mencuba Semua.

Bahan yang saya gunakan adalah:

  • Kertas pasir gred 600
  • Kertas pasir gred 1000
  • Autosol metal polisher (Boleh cari di kedai hardware. Harga sekitar RM8 – RM12)

Inilah 3 bahan yang digunakan. Modal keseluruhannya tak sampai pun RM15. Ok, jom kita tengok cara-caranya pula.

Kilatkan Lampu Kuning Dengan Bajet RM15

1. Buang Lapisan Kuning Dengan Kertas Pasir Gred 600

Mula-mula, ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur.

Gosok dengan menggunakan air. Masa ni nampak kesan kotor dan kuning tu tertanggal.

Kilatkan Lampu Kuning Dengan Bajet RM15

2. Lap & Keringkan

Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning dah berkurangan.

3. Gosok Dengan Kertas Pasir Gred 1000

Seterusnya, gosok dengan kertas pasir gred 1000 pula. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Caranya sama, gosok dengan menggunakan air.

4. Lap & Keringkan

Setelah digosok dgn gred 1000 dan dikeringkan...

5. Gilap Dengan Autosol Metal Polisher

Ini yang saya pakai... Autosol metal polisher... Terdapat kat mana2 kedai hardware... Harga dalam rm8-rm12... (bergantung kpd tempat)

Kilatkan Lampu Kuning Dengan Bajet RM15

Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain...(ni br gosok sikit dah nampak clear)

Siap!! Inilah Hasilnya

Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah... Ini hasilnya setelah gilap lebih kurg 1/2 jam...
Selamat mencuba...

Kilatkan Lampu Kuning Dengan Bajet RM15

Berkesan kan? Lampu kereta yang kekuningan tadi dah nampak macam baru. Memang berbaloi! Tengok perbandingannya sebelum dan selepas saya kilatkan tadi.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga anda mendapat ilmu yang berguna untuk membersihkan lampu kereta anda. Selamat berjaya semua.

Sumber : Gilap Headlight Kuning

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2025 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down