Transformasi Rumah Kampung Lama Kepada Rumah Ladang

5,557 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tidak ramai orang mempunyai minat untuk mengubahsuai rumah mereka dengan konsep dekorasi ala inggeris. Namun perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Asri Meris Anthony. Beliau dan isteri merealisasikan impian mereka dalam menghasilkan dekorasi rumah gaya barat yang cukup cantik dan menarik.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut ubahsuai rumah ini? Jom ikuti perkongsian ini.

Transformasi Rumah Kampung Lama Kepada Rumah Ladang

Kalau orang lain gemar merakam gambar detik penting mereka atau panorama, saya pula merakam gambar bumbung, pintu, tingkap serta aksesori hiasan dalam rumah.

Ramai rakan-rakan menyatakan apabila pergi ke rumahnya seakan-akan mereka sedang bercuti ke luar negara. Mana tidaknya, dengan rumah yang memiliki dekorasi persis rumah inggeris ini memang akan membuatkan perasaan itu timbul. Teratak syurganya ini terletak di perkampungan terancang di Tuaran sabah.

Apa yang membuatkan orang sekeliling menganggap seperti itu kerana terdapat binaan seperti pendiang api yang sering dilihat pada rumah ladang di Eropah.

Transformasi Rumah Kampung Lama

Pada ruang tamu rumahnya, terdapat jambangan bunga tulip palsu berwarna pink lembut disamping lilin dan replika bebola di atas meja kayu putih. Selain itu, Batang gandum kering yang diletakkan di dalam bakul putih itu menampakkan lagi hiasan rumah ladang ala Inggeris.

Transformasi Rumah Kampung Lama

Beliau pernah berkongsi dekorasi kediaman rumahnya itu di laman Facebooknya. Ramai yang beranggapan dekorasi rumahnya adalah koleksi kediaman dari luar negara.

Transformasi Rumah Kampung Lama

Pada asalnya rumah ini adalah rumah kampung biasa sahaja. Kemudian, beliau mengubahsuai rumahnya itu menjadikan konsep ala Inggeris kerana beliau sangat gemar dengan dekorasi barat. Beliau memang sangat gemar dengan kediaman yang bersuasana luar negara.

Transformasi Rumah Kampung Lama

Tidak dinafikan beliau mula menunjukan minat dalam hal berkaitan dekorasi ini sejak dari zaman bujang lagi. Kini, beliau sudah memiliki dua orang cahaya mata. Apa yang menyebabkan beliau sangat meminati dengan konsep ini adalah kerana beliau sering melancong ke luar negara.

Transformasi Rumah Kampung Lama

Ini adalah ruang makan rumahnya.

Transformasi Rumah Kampung Lama

Ini adalah aksesori kecil yang bersesuaian dengan konsep rumah ladang ala Inggeris.

Transformasi Rumah Kampung Lama

Dengan susun atur yang menarik dapat memberikan kesan yang cantik pada dekorasi rumah.

Itu sahaja perkongsian kita pada kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mengubahsuai rumah lama kepada dekorasi yang di inginkan.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2025 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down