Hasil Makeover Ruang Pejabat Dan Bilik Tidur Di Rumah

2,320 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap orang pasti menginginkan bilik tidur dan juga ruang pejabat yang asing kan? Namun, kekurangan bilik dan tempat yang terhad menyusahkan untuk merealisasikan impian ini kan. Jadi apa kata anda gabungkan ruang pejabat dan bilik tidur sekali. "2 in 1" bak kata mat salleh.

Melalui perkongsian daripada laman web Imgur.com ini, salah seorang pengguna didalam laman web tersebut berkongsikan cara-cara memghasilkan ruang pejabat dan bilik tidur dalam satu bilik yang sama. Kaedah ini menjimatkan ruang dan boleh dipraktikan oleh orang ramai.

Giler Deco akan memaparkan rupa hasil kerja ini dimana hasil gabungan ini menerapkan konsep "bed loft" iaitu katil akan berada pada bahagian bawah manakala ruang kerja akan berada pada bahagian atas. Jom kita tengok hasil tersebut.

Lihat Hasil Makeover Ruang Pejabat Dan Bilik Tidur Di Rumah. Gabungan "2 in 1" !!!

Berdasarkan idea yang dilihat oleh isteri saya di dalam internet, kami tengok konsep "loft bed" ini iaitu katil di bawah dan meja di atas. Ini adalah struktur panggung sederhana dengan tempat tidur.

BILIK TIDUR ASAL

Ini adalah rupa asal bilik tamu. Sangat kosong dan sempit. Cukup muat satu katil.

Hasil Makeover Ruang Pejabat

RANGKA IDEA LOFT BED

Saya merangka idea yang akan dilakukan untuk menghasilkan katil loft bed ini menggunakan perisian sketchup.

ruang bilik tidur

PROSES MENGHASILKAN KATIL LOFT BED

L-brackets di skru pada dinding. Fungsi L-brackets ini adalah untuk menampung berat dan juga platform kayu yang akan dibina.

Lepas itu, proses membina rangka platform itu dilakukan sebagaimana gambar sebelum ini.

Letakkan penutup katil pada kerangka kayu tersebut. Kerangka kayu untuk katil pula dipasangkan roda bagi memudahkan ia untuk ditarik keluar dan masuk kedalam.

Kerja pemasangan pada setiap platform dimulakan.

Bahagian diatas platform ini pula dipasang dengan lantai laminat. Proses ini dihasilkan sejurus platform ini dilapisi dengan plastic foam.

Hasil Makeover Ruang Pejabat
Hasil Makeover Ruang Pejabat

HASILNYA!!!!!!

Inilah dia hasil gabungan ruang pejabat dan juga bilik tidur diatas platform yang telah siap.

ruang bilik tidur
Hasil Makeover Ruang Pejabat
Hasil Makeover Ruang Pejabat

Untuk bahagian ruang pejabat pula, pastikan anda memilih kerusi dan juga meja yang ringan sahaja. Jangan terlampau berat.

Hasil Makeover Ruang Pejabat

Sumber : Imgur

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2026 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down