Ramai yang tahu sebenarnya penggunaan paku pada dinding rumah tidak begitu disarankan kerana akan merosakkan dinding rumah.
Apa yang menyebabkan paku dinding ini tidak digalakkan untuk digunakan kerana kawasan dinding rumah yang ditebuk itu akan berlubang secara kekal. Perkara itu akan mencacatkan dinding rumah. Jadi, langkah yang paling sesuai adalah dengan menggunakan tap bagi menjaga dinding.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.
Tips ganti paku dinding dengan nano double-sided tape.
Akhirnya misi dekorasi bilik bujang adik bongsu telah berjaya disempurnakan.
Penangguhan sejak tahun lepas adalah disebabkan oleh pencarian idea untuk mengelakkan penggunaan paku pada dinding.
Proses ini dimulakan dengan menggunakan Multifunctional Strongly Sticky Double-Sided Adhesive Nano Tape sebagai ganti penggunaan paku. Fungsi tape ini, ia boleh dilekatkan di setiap sudut bingkai, cermin, remote control, peralatan bilik air dan barang dekorasi dinding.Boleh dapatkannya di shopee.
Link Shopee :
Tape ini sangat sesuai digunakan di dalam rumah sewa yang mana tuan tanah tidak membenarkan sebarang tebukan pada dinding rumah mereka.
Beliau guna tape bersaiz 3 sentimeter lebar dan 3 meter panjang. Harga cuma RM9.11 segulung.
Kelebihan menggunakan nano tape ini adalah:
Barang dekorasi dan perabot kebanyakannya dibeli dari Eco Shop, Mr.DIY, Kaison, Romantika, KK Home Deco, Starbucks dan IKEA.
Inilah adalah hasil penuh dekorasi bilik ini dengan menggunakan tape.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada pembaca untuk menghasilkan dekorasi rumah seperti yang di inginkan.
Semoga bermanfaat.
Kredit : Sitiawa Mohd Noor.