Alat Pintar Kediaman Ini Wajib Ada Di Setiap Rumah

26 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Keinginan untuk mempunyai alat teknologi yang pintar di kediaman anda adalah satu langkah yang bagus untuk membiasakan diri dengan dunia canggih. Di bawah menunjukkan beberapa alat teknologi pintar untuk kediaman anda. Jom kita lihat.

Alat Pintar Kediaman Yang Harus Ada Di Kediaman Anda

 

Motor Langsir Pintar

Penerimaan cahaya di awal pagi adalah sangat penting. Ia dapat meningkatkan kadar kesihatan badan secara menyeluruh. Dengan adanya motor langsir pintar ini dapat membantu rumah anda untuk menerima cahaya luar dengan cepat. Berikut adalah fungsinya.

  • Dapat mengawal menggunakan alat kawalan jauh tanpa wayar.
  • Dapat mengawal menggunakan aplikasi telefon pintar dengan sambungan capaian internet.
  • Dapat mengawal menggunkan kawalan suara.
  • Boleh menetapkan waktu untuk langsir itu dibuka dan ditutup.
  • Kadar bunyi motor yang rendah.

Kipas Berdiri Pintar

Kipas merupakan salah satu alat yang penting  di dalam kediaman anda untuk memberikan kenikmatan angin yang selesa. Ini adalah model kipas berdiri yang pitar merupakan pilihan kipas pintar di Malaysia dan seluruh dunia. Ini fungsinya dan spesifikasi.

Alat pintar kediaman 4

  • Mempunyai 7 bilah kipas.
  • Kapasiti bateri yang sudah dibina di dalam sebanyak 2800mAh dengan ketahanan selama 20 jam .
  • Boleh dibawa ke mana-mana sahaja.
  • Boleh mengawal kadar kelajuan angin kipas dengan menggunakan aplikasi bernama Mi Home App.

Vakum Pintar

Anda mungkin seorang yang sibuk dengan kerjaya dan selalu inginkan keselesaan terutama ketika anda melangkah masuk ke dalam kediaman anda apablia pulang dari tempat kerja. Alat ini dapat memberikan anda keselesaan dan perasaan penat itu hilang. Vakum pintar ini sangat digemari oleh rakyat Malaysia dan ini fungsinya.

Alat pintar kediaman 6

  • Mempunyai fungsi sedutan, menyapu dan vakum.
  • Dapat bekerja selama 80 minit sehingga 90 minit.
  • Kembali kepada tempat pengecasan secara automatil apabila kadar bateri rendah..
  • Boleh memantau robot ini dengan menggunakan aplikasi yang tersedia.

Loceng Pintu Pintar

Ketika fokus melakukan rutin hujung minggu seperti mengemas bilik. Pintu rumah diketuk oleh seseorang dan fokus mengemas bilik menurun kerana untuk melihat siapa yang datang. Jangan risau, ini kelebihan dan fungsi jika anda mempunyai loceng pintu pintar.

  • Mempunyai sensor apabila seseorang melalui dihadapan alat ini.
  • Boleh memantau dari jauh menggunakan telefon bimbit pintar.
  • Mikrofon dan kamera yang sudah dibina didalam untuk memantau dan berkomunikasi.
  • Penyimpanan awan atau dikenali sebagai Cloud Storage adalah percuma untuk menyimpan video.

Mentol Pintar

Cahaya lampu merupakan sumber cahaya buatan manusia adalah berfungsi untuk menerangi kediaman anda ketika waktu malam. Tetapi alangkah indahnya jika kediaman anda mempunyai lampu yang pintar. Ini fungsinya.

Alat pintar kediaman 10

  • Boleh dikawal melalui aplikasi Smart Home Application.
  • Dapat membahagikan kepada dua jenis cahaya iaitu cahaya putih atau cahaya RGB.
  • Boleh mengawal kadar pencahayaan samada rendah atau tinggi hanya menggunakan aplikasi di telefon bimbit pintar.

Plug Pintar

Sesetengah manusia lupa untuk melakukan sesuatu seperti menutup suis barang elektrik di rumah. Dengan alat ini kadar kegunaan elektrik anda akan lebih menjimatkan. Alat ini di panggil plug pintar dengan WiFi dan berikut adalah fungsinya.

alat pintar kediaman

  • Boleh diletakkan di semua barang elektrik di rumah.
  • Boleh mengawal menggunakan alat kawalan suara seperti Alexa atau Google Home.
  • Boleh menetapkan jadual atau masa untuk menutup suis barang elektrik tersebut.
  • Perlu bersambung dengan capaian WiFi.

Kesimpulannya, teknologi pintar ini dapat membantu kita dalam kehidupan seharian. Oleh itu, gunalah teknlogi yang bersesuaian dengan suasana rumah anda masing-masing. Ikuti kami lagi di Giler Deco untuk mencari idea untuk kediaman anda.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down