Angin Dalam Paip Menjadi Punca Air Naik Dengan Perlahan

615 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah terfikir tak apakah yang menyebabkan air keluar sangat perlahan apabila kita nak membasuh tandas? Kalau terkena macam ni mesti stress sangat-sangat. Nak panggil orang datang buatkan kena keluarkan duit sedikit sebagai upah.

Tak payah nak panggil orang dah sekarang ni. Buat sendiri jer kat rumah sorang-sorang dengan mengikuti video tiktok @zammenyelenggara ini. Menurut beliau, air yang keluar perlahan tu adalah disebabkan ada angin dalam paip tersebut.

Jika inginkan air kembali laju seperti biasa boleh keluarkan angin dalam paip tersebut. Jom kita melihat bagaimana untuk mengeluarkan angin didalam paip tersebut.

Air Keluar Dengan Perlahan? Mungkin Sebab Ada Angin Dalam Paip Menjadi Puncanya

Kalau rasa air tu perlahan sangat-sangat sampai nak basuh apa-apa pun tak boleh. Mungkin sebab ada angin dalam paip yang perlu dibuang

Cara Untuk Keluarkan Angin Dalam Paip Dengan Betul

Yang pertama sekali adalah tutupkan dahulu segala kepala paip dalam tandas.

Angin Dalam Paip

Seterusnya pusing dan cabut keluar paip tersebut untuk keluarkan air daripada saluran tersebut.

Kalau air tu berhenti keluar seketika itu bermakna ada angin. Tujuan kepala paip dicabut adalah untuk keluarkan angin didalam paip tersebut.

Apabila segala angin dah dikeluarkan, air akan keluar dengan laju tanpa henti. Itu menandakan bahawa angin dah tiada dan air dapat keluar dengan biasa.

Angin Dalam Paip

Yang terakhir tutup balik saluran tersebut dengan kepala paip tadi. Air tidak lagi tersumbat dan kembali laju seperti biasa.

Angin Dalam Paip

Video Tiktok :-

@zammenyelenggara

mudah jer.. napa bayar lebih😁

♬ bunyi asal - Zam - Zam

Sumber : @zammenyelenggara

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down