Awasilah Dengan Kulat Berbahaya Pada Persekitaran Anda

556 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah tengok tak di rumah atau juga di pejabat anda terdapat satu tompok-tompok hitam yang lembab dan berair? Awasilah kesan tompok tersebut kerana ia merupakan sebuah kulat yang sangat berbahaya untuk anda semua.

Menurut daripada perkongsian dari Public Health Malaysia ini tompokan-tompokan tersebut boleh menyebabkan anda sering batuk dan selsema. Lebih teruk lagi ia akan membuatkan anda jatuh sakit. Lebih baik mencegahnya lebih awal lagi.

Awasilah Dengan Kulat Hitam Berbahaya Ini! Ia Mampu Membuatkan Anda Jatuh Sakit Dan Kerap Selsema

Kalau jumpa tompok-tompok hitam ni kat rumah ker, pejabat ker lebih baik cari cara untuk mencegahnya.

Sebab tompok inilah yang menyebabkan kita selalu kerap batuk dan juga selsema. Ia juga boleh menyebabkan kita senang jatuh sakit jika tidak dirawat.

Tanda tanda bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.

Awasilah Kulat Berbahaya

Apa Sebenarnya Tompok Hitam Tersebut?

Menurut daripada perkongsian akaun Facebook Public Health Malaysia ini, dinding yang mempunyai tompokan-tompokan yang hitam berdebu tersebut itu sebenarnya ialah KULAT.

Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar. Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan anda.

Awasilah Kulat Berbahaya
Awasilah Kulat Berbahaya

Spora halus yang di bebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan. Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi.

Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatka masalah kronik seperti astma. Bagi yang sememangnya menghidap astma atau lelah, mereka akan mengalami gejala yang lebih kerap dan serius.

Bagaimana Cara Untuk Mencegah Kulat Ini ?

  • Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
  • Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.

Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.

Apa yang penting, cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.

Jika bahan berfabrik di tumbuhi kulat dan sukar untuk di bersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.

Sumber : Public Health Malaysia

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down