Bangunan Binaan 10 Tingkat Disiapkan Dalam 29 Jam Sahaja

316 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa sangka kan dulu pernah viral mengenai sebuah hospital yang dibina di negara China ini hanya memerlukan masa 10 hari sahaja untuk disiapkan. Ia bukan sahaja mengejutkan rakyat diluar negara namun di Malaysia juga. Mesti ramai yang kagum dengan betapa cepatnya binaan sebesar itu hanya dibina dalam 10 hari.

Namun, yang terbaharu pula ialah sekali lagi viral mengenai sebuah bangunan dengan binaan 10 tingkat cuma hanya mengambil masa 29 jam sahaja untuk disiapkan. Siapa lagi yang mampu membuatnya? Mestilah negara daripada China ini sekali lagi. Ia merupakan antara pembuatan projek yang terpantas didunia.

Jika lihat pada video yang disediakan ini, teknik pasang siap digunakan untuk membuat bangunan binaan ini. Ia antara salah satu punca bangunan ini dapat disiapkan dengan cepat. Jika ingin mengetahu lebih lanjut, boleh tengok video yang telah disediakan dibawah.

Bangunan Binaan Sebanyak 10 Tingkat Ini Hanya Memerlukan 29 Jam Sahaja Untuk Disiapkan

Dah macam main lego dah susun-susun dan letakkan macam ni. Apabila dah siap, boleh duduk terus dalam bangunan tu. Dalaman bangunan tu pula lawa-lawa sangat.

Bangunan Binaan 10 Tingkat

Menggunakan Bahan Binaan Yang Kukuh

Menurut laporan yang disediakan ini, pihak BROAD Group ini menggunakan teknik pasang siap untuk mempercepatkan lagi proses membina tersebut. Dan juga dengan menggunakan bahan besi Stainless Steel B-Core Slab ini, bangunan ini mampu bertahan daripada gempa bumi serta ribut taufan yang melanda.

Bangunan Binaan 10 Tingkat

Bangunan Binaan 10 Tingkat

Pasang-Pasang Binaan Seakan Lego

Jika dilihat kepada model binaan yang siap, ia hanya berbentuk seperti bongkah lego. Pekerja hanya letakkan dan susunkan dengan betul, ketatkan skru dan melakukan sedikit wiring eletrik. Dan siapppp! Begitu mudah jer dilakukan.

Sumber : Broad Group

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down