Bawal Exclusive Buka Butik "Paling Mewah" Di Dunia

770 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercerita mengenai butik memang semua orang mengenalinya. Tetapi jarang kita jumpa butik tudung yang dipenuhi dengan taburan batu kristal ni. Butik ini merupakan salah satu butik tudung Bawal Exclusive paling mewah dengan bertahtakan kristal Swarovski.  Perkongsian kali ini adalah mengenai bawal exclusive buka butik "paling mewah" di dunia dengan nilai sekitar rm2.5 juta!

Untuk pengetahuan anda, dekorasi butik yang dibuat dengan bertahtakan kristal Swarovski ini menelan belanja sekitar RM2.5 juta. Apa yang membuatkan butik ni lagi menarik adalah kerana kristal yang digunakan adalah sebanyak sebanyak 100,000 butir batu kristal. Apabila anda melangkah masuk ke butik Crystal World Bawal Exclusive ini anda bakal teruja dan merasa kagum dengan ratus ribuan kristal menyinari kehidupan anda ketika berada di dalam.

Jom sama-sama kita saksikan beberapa gambar perkongsian yang telah dikongsi di laman facebook rasmi Crystal Lounge Bawal Exclusive miliknya.

Bawal Exclusive Buka Butik Paling Mewah :

 

Ini adalah keadaan ruang lobi butik ini. Oleh kerana tudung yang dijual adalah tudung bawal. Tema dan konsep butik ini adalah berdasarkan ikan bawal sepertimana yang dapat diperlihatkan didalam gambar dibawah.

Butik Ini sekali lagi mencipta nama dan menjadi bualan hangat diseluruh dunia apabila pancaran sinaran daripada 100,000 butir batu kristal Swarovski dalam butik Crystal World Bawal Exclusive ini menjadikannya sebagai butik tudung paling mewah di dunia.

Pada asalnya, memang sudah lama beliau mengimpikan untuk memiliki butik tudung mewah sendiri sejak dari malam ulang tahun Swarovski yang ke-125 tahun apabila mereka telah dijemput ke majlis makan malam yang berprestij di Wattens, Austria.

Pengasas dan pemilik Bawal Exclusive, Puan Haliza Masyuri juga berkata beliau bersyukur kepada Allah S.W.T kerana impiannya untuk memiliki butik tudung mewah ini akhirnya tercapai setelah sekian lama berkecimpung dalam bidang perniagaan tudung.

Beliau juga berkata :

Saya ingin menunjukkan kepada Premium Reseller Bawal Exclusive bahawa beliau juga mampu untuk menjadi seperti ini, beliau juga berhasrat menjadikan Crystal World Bawal Exclusive sebagai sebuah butik tudung yang paling mewah di dunia yang bertahtahkan kristal Swarovski.

Yang menariknya, setelah 23 tahun berkecimpung dalam perniagaan tudung ini, pemilik Bawal Exclusive bakal memperkenalkan pewaris mereka sebagai penyambung kepada legasi perniagaan yang diusahakan ini.

“Saya berharap pewaris saya dapat menjaga dan menjalankan pernigaan ini dengan sebaiknya,”

Itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap perkongsian yang menarik ini dapat membuatkan anda lebih minat dalam berkecimpung dalam bidang perniagaan ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down