Memiliki rumah yang cantik memang menjadi impian setiap pemilik rumah. Cuma ramai dikalangan pemilik rumah berfikiran kalau mahu rumah yang cantik memerlukan bajet besar. Sebenarnya itu tidak perlu. Kalau mahu berjimat cermat anda boleh cuba dekorasikannya sendiri sahaja. Untuk perkongsian kali ini adalah dari saudara Junko El Hida mengenai Makeover Rumah Ala-Ala Wainscoting. Jom sama-sama kita saksikan perkongsian ini.
Mula-mula anda ambil kertas kosong, lukis kotak grid guna pembaris sekolah anak anda. Ikutlah bentuk macam mana anda mahukan.
Bila sudah dapat keputusan bentuk macam mana yang anda mahukan, anda boleh pergi ke kedai hardware beli kayu siling. Selalu ada yang 8 kaki dan 10 kaki. Beli satu sahaja dulu. 1 batang rm4. Ambil kayu yang jenis licin bukan kasar.
Apabila sudah selesai beli, anda lukislah guna kayu siling itu. Selepas siap melukis, barulah anda kira berapa batang yang anda perlu beli untuk keseluruhan dinding. Baru tak rugi dan berlebihan.
Langkah terakhir, ukur siap-siap berapa saiz potongan kayu yang anda mahu potong. Apabila sudah ukur saiz, andaboleh pergi ke kedai buat perabot berdekatan.
Untuk memudahkan kerja anda, Bawa kayu siling ke kedai perabot, upah potongkan guna mesin. Potongan kemas. Kos upah pun tak sampai rm10.
Ambil kayu yang anda potong tadi dan paku ke dinding yang anda lukis tadi. Ada orang guna gam silikon tapi boleh guna paku sebab nanti kalau nak tukar dekorasi boleh cabut dengan senang kayu itu. Kalau gam silikon, boleh bayang betapa susahnya anda nak cabut kayu tu nanti.
Tutup kesan paku dan rongga kayu antara kayu siling yang cantum cantum tadi. Sapu sahaja senipis boleh.
Gosok simen putih anda sampai licin guna kertas pasir macam di bahagian kiri dekat gambar dibawah. Kanan tu belum gosok. Nampak kan bezanya? Gosok lembut sahaja macam anda cuci muka.
Letakkan dekat lantai supaya cat tidak terkena lantai.
Cat yang digunakan adalah Jotun Ash Grey. Tak terlalu gelap, tak terlalu terang. Kacau cat anda sampai dia hilang buih sebelum mula mengecat. Bila sudah hilang buih, boleh terus mengecat.
Inilah rupa sebelum finishing touch up. Yang celah-celah masih putih tu anda kena touch up dengan berus cat lebar.
Ini adalah hasil yang sudah siap. Murah dan cantik bukan?
Itu sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Diharap dapat membantu pemilik rumah yang mahu dekorasi rumah dengan harga murah.
Baca juga : Menarik! Lelaki Ini Ajar Langkah DIY Epoxy Lantai Yang Sangat Mudah