Lelaki Ini Bina Rumah Kayu Bermodalkan RM2.5 Juta

1,847 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Demi minat pada rumah kayu, lelaki ini yang bernama Abd Hadi Ambok Ingtang telah nekad membina sebuh rumah kayu berkonsepkan suasana klasik. Rumah ini dibina di tapak rumah lama peninggalan almarhum neneknya.

Sebab utama rumah ini dibina adalah sebagai mengenang jasa dan pengorbanan keluarganya yang terdahulu. Jadi, beliau abadikan namanya pada rumah ini.

Perkongsian pembinaan rumah kayu bernilai hampir 2.5 juta ini telah viral dengan memperoleh 11k likes, 2.3k komen dan 2.6k perkongsian dilaman Facebook miliknya.

Jadi, untuk melihat perkongsian semasa pembinaan dan setelah siap dibina, boleh teruskan pembacaan di bawah ini.

Pembinaan Rumah Kayu Klasik Bermodalkan RM2.5 Juta

Saya mohon ampun dan maaf, saya tak sangka ramai yang like, dan ramai yang respon dalam paparan Facebook ini.

Terima kasih semua. Maaf banyak-banyak, saya tidak mampu nak menjawab semua pertanyaan tuan-tuan dan puan-puan sekaliannya.

Ruangan untuk saya reply pertanyaan tersebut telah terblock, kerana terlampau banyak sangat saya sudah membalas pertanyaannya.

Dalam masengger sahaja, hampir 1,000 yang hantar dan bertanya. Yang like hampir 11,000 orang dan yang memberi komen lebih 2,000 orang dan yang share juga melebihi 2,000 orang.

Terima kasih semua. Love u all.

Kayu yang digunakan adalah 100% kayu Belian. Semua bahagian tiang, jenang, bendul, rusuk, penutup tiang beliau import kayunya dari Jambi, Sumatera. Kayu ini tertanam di dalam tanah paya 7 hinggga 10 kaki di Gunung Belian, Jambi. Masa yang diambil untuk mengumpul kayu ini adalah selama 5 tahun 8 bulan.

Rumah Kayu

Manakala, untuk dinding dan lantai rumah ini (dua bahagian ini sahaja), beliau guna kayu Belian yang ditebang pokoknya dari Kalimantan.

Rumah Kayu

Semua proses pembelian kayu ini mengambil kos yang tinggi. Kerana ia (dari Jambi khususnya) dikira berdasarkan 1 kaki persegi, sebanyak RM 150.00 harganya. Ini tidak termasuklah kos bagi cukai import dan penyewaan kontena dan kapal di pelabuhan.

Rumah Kayu

Kos membeli kayu sahaja sebanyak RM 1.98 juta. Setelah dicampur upah lebih kurang RM350k, kos penyewaan kapal dan kontena, kos duti cukai import serta kos tambak tanah merah serta kos-kos sampingan yang lainnya, kesemua kos pembinaan rumah ini mencecah kepada RM2.5 juta lebih.

Rumah Kayu

Gambar semasa proses-proses pembinaan dijalankan.

Bahagian dalaman semasa dalam proses ubahsuai.

Keadaan bahagian dalaman rumah ini setelah selesai di deko dengan konsep klasik lama.

Bahagian ruang makan dan ruang tamu rumah ini. Perabot di dalam rumah ini serta paparan gambar lama itu adalah milik Almarhum Moyang dan Noyang terdahulu. Beliau merupakan generasi yang ke 5 dan ke 4 serta ke 3 yang memegangnya.

Bahagian halaman rumah.

Pandangan rumah dari bahagian luar dan waktu malam. Rumah ini mula dibina pada tahun 2011 dan siap pada 2012. Ia mengambil masa 1 tahun 4 bulan lamanya, dengan tukang yang rata-ratanya di import dari Jepara, Jawa serta sebahagian orang tempatan. Kontrak yang mengurus dan menyelia pembuatannya adalah dari BONDO HOUSE.

Rumah ini siap pada tahun 2012, dan dirasmikan oleh Mantan MB Perlis, bersama barisan EXCO nya. Rumah ini diberi nama sebagai MEMORIAL DAING HADDADEK, dan lokasinya terletak di Pontian, Johor.

Sungguh dasyat cara beliau dapatkan kayu-kayu sebelum pembinaan rumah ini. Tidak hairanlah kos yang dikeluarkan itu mencecah jutaan ringgit.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada pembaca di luar sana yang gemar untuk membina rumah kayu seperti ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down