Bintang WWE Dwayne 'The Rock' Johnson Membeli Rumah Agam Bernilai Hampir RM115 Juta

485 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tidak kenal kan bintang dan juga lagenda WWE yang paling digemari ramai iaitu Dwayne "The Rock" Johnson. The Rock merupakan antara artis yang paling dipengaruhi. Sekarang beliau mendahului senarai pelakon dengan bayaran tertinggi di dunia Forbes 2020.

Dengan duit yang beliau diperolehi hasil daripada kerja keras beliau, duit tersebut telah dibelanjakan untuk membeli sebuah rumah agam dianggarkan bernilai RM115 Juta. Rumah tersebut terletak di Beverly Park dan berkeluasan 3.67 hektar.

Rumah Agam "the rock" ini mempunyai 6 bilik tidur dan 11 bilik mandi. Dilengkapi dengan kemudahan yang serba canggih dan gaya rumah agam ala-ala "Mediterranean Style" menaikkan lagi imej dan persekitaran rumah agam tersebut.

Rumah Agam "The Rock" Yang Bernilai Hampir RM115 Juta

 

Rumah Agam The Rock

Rumah tersebut menawarkan beberapa bilik yang menarik antaranya ialah gimnasium, kolam renang, gelanggang tenis dan malah juga ada bilik wayang mini.

Rumah Agam The Rock

Gambar diatas menunjukkan satu ruang yang dilengkapi dengan kolam renang yang besar dan luas. Ia juga merupakan kolam renang tertutup dan menghadap ke gelanggang tenis.

Rumah Agam The Rock

Bosan berenang dan ingin bermain tenis? Keluar sahaja daripada kolam renang, anda boleh terus ke gelanggan tenis yang berada bersebelahan sahaja. Petang-petang boleh exercise dengan family bermain tenis dihirup dengan suasana rumah yang segar.

Rumah Agam The Rock

Ruang yang wajib ada disetiap rumah agam "artis". Tidak sah kalau tiada bilik wayang mini ini ataupun dipanggil "Mini Theater Room" untuk tontonan filem dengan keluarga tersayang ramai-ramai.

Bahagian Di Sekeliling Rumah

 

Berikut merupakan bahagian belakang rumah yang dilengkapi dengan ruang makan "open space" untuk tujuan membuat makan barbeque dan juga ada tempat untuk bersantai di tengah-tengah kawasan rumah tersebut.

Rumah Agam The Rock

Kawasan dalam rumah agam tersebut juga kebanyakkan dilengkapi dengan sistem yang sangat canggih dan berkualiti. Dekorasi juga sangat cantik kerana rumah agam tersebut dihiasi dengan bertemakan " Mediteranean Style"

FAKTA MENARIK

Jiran-jiran kat rumah agam "the rock" ni juga bukan calang-calang orangnya. Antaranya ialah Eddie Murphy, Sylvester Stallone dan juga Denzel Washington.

Sumber : GiveMeSport

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down