Buat Rumah Khas Untuk 30 Ekor Kucing Di Tepi Rumah

24,969 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bagi peminat kucing mesti ada impian untuk buat rumah atau ruang khas untuk anak-anak bulus mereka. Hal ini untuk mengelakkan kucing-kucing daripada membuat rumah bersepah.

Puan Masrupawan Nuri Alwani ada berkongsi beliau membuat rumah khas untk 30 ekor kucing di rumahnya.

Kos RM4k Habis Buat Rumah Khas Untuk 30 Ekor Kucing

Pada awalnya beliau hanya berkongsi video tentang keadaan rumah kucing tersebut pada hari hujan. Tetapi disebabkan rumah tersebut kelihatan menarik, jadi ada yang memintanya untuk berkongsi tentang kos dan proses membuat rumah kucing tersebut.

Buat Rumah Khas Untuk 30 Ekor Kucing

Proses yang diambil untuk siap secara keseluruhan adalah selama dua tahun kerana dibuat sikit-sikit. Bila sudah ada duit barulah sambung buat.

Kemudian, ditambah sedikit demi sedikit dengan memasang lantai dan menebuk dinding rumah untuk dibuat pintu yang menghubungkan dari rumah. Kerana sebelum ini hanya pintu dari luar sahaja yang ada untuk masuk ke situ.

Seterusnya, untuk menara kucing juga perlahan-lahan ditambah dengan memasang kotak untuk mereka bermain.

Buat Rumah Khas Untuk 30 Ekor Kucing

Selepas itu, baru pasang pangkin seperti dalam gambar. Dan pada penghujung video, beliau ada beritahu jumlah kos habis buat rumah khas untuk 30 ekor kucing termasuk mainan-mainan adalah sebanyak RM4k.

Sampai disini sahaja perkongsian dari Giler Deco kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada para pembaca dan semoga terinsipirasi.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2025 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down